Pages

Tuesday, December 28, 2010

Pantai

Telefon tetiba bersuara..Cepatku membuka 'inbox' sms.

'Persahabatan jauh lebih indah dari percintaan,cinta seumpama bermain layang-layang,andai putusberakhirlah ikatan,sahabat bagaikan pantai dengan lautan walaupun sering berhempasan tetapi kekal berdampingan.'

Sebuah kata-kata tertera..aku memandang penuh makna.Jauh aku fikir tentangnya..Tentang 'pantai'..Kenapa pantai yang ditulis.Aku termenung keseorangan..

'Subhanallah,indahnya ciptaan yang Maha Esa'

Bukankah pantai itu sudah berubah.Memang dahulu pantai dengan laut itu berdampingan tetapi sekarang sudah berbeza..Pantai sudah ditambak..batu-batu besar kini menghiasi pantai kononnya pantai semakin terhakis dek lautan yang semakin bergelora.Akhirnya pantai dan lautan terpisah dek kerana orang ketiga iaitu batu.

Maka tersebutlah alkisah tentang pantai..

Suatu ketika dahulu,suasana di pantai amat nyaman.Pantai dan lautan amat menyayangi antara satu sama lain.Semua orang sangat menghormati mereka.Mereka mendamaikan,menenangkan malah apabila orang memandangnya dengan bertasbih memuji kebesaran Allah dengan ciptaannya,mereka beroleh pahala.Ombak menjadi perhiasan pantai.Kanak-kanak riang bermain di gigi pantai(pantai ada gigi ke?).

Tetapi ada dikalangan manusia itu yang menyalahgunakan kewujudan mereka.Mereka membuat Onar di pantai.Maksiat pun berlaku....jeng3.

'jeng3..maka imaginasi pun bermula'

'Ahh,lautan juga bercinta dengan pantai.Apakah salah aku bercinta dengan kekasih pujaanku',ucap seorang manusia berlandaskan kedengkian mereka melihat ketulusan cinta yang diberikan oleh lautan kepada pantai.

Lautan amat marah mendengar kata-kata si pria itu tetapi lautan tetap bersabar.

'Alangkah baiknya jikalau mereka mengetahui bahawa cintaku terhadap pantai bukan berlandaskan hawa nafsu semata-mata tetapi cinta kami bermula dengan satu ikatan..perkahwinan',ujar pantai.

Hari berganti hari,pantai semakin kecewa melihat tindak tanduk mereka.Maksiat semakin berleluasa,di mana penguatkuasa,di mana hal ehwal agama,kenapa dibiarkan sedemikian rupa.Arg..akhirnya marah lautan bermaharajalela,tsunami terjadi sekelip mata,menenggelamkan mereka yang lupa..lupa terhadap agama..

'carilah hikmah di sebalik kejadian'

Kini,lautan di isytiharkan tidak stabil.Laut bergelora tidak tentu masa..Lautan semakin kecewa kerana pantai ditambak sesuka hati oleh penguatkuasa..Akhirnya lautan dan pantai terpisah dek kerana orang ketiga..

p/s:Kepada pengirim sms..terima kasih kerana membuatkan aku terfikir tentang pantai..

5 comments:

sufi said...[Reply to comment]

Kau ni blurr ber'akal' la. hehehe..
Pantai pun ko bleh citer. Bagus222.

aku said...[Reply to comment]

Berakal?aku kan manusia..hahaha
Pantai ciptaan Ilahi..

Anonymous said...[Reply to comment]

aku nak try test je. ber'akal' adalah nama lain bagi manusia. Cuba pjg akal skit. hihihi

Anonymous said...[Reply to comment]

Aku pun nak test jugaklah..hahaha
tq sufi,sapi,sepi..

sufi said...[Reply to comment]

tsunami terjadi lagi..lihatlah manusia mudah lupa..lupa akan azab Allah yang boleh datang bila-bila masa sahaja..

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...