Pages

Monday, December 6, 2010

Kekasih Hatiku

Ya tuhanku,jadikanlah aku seorang yang mencintaimu dan pesuruhmu lebih ku cintai dari segala-galanya..ameen
                                                                   *************
Kekasih hati?Adakah kau sering mengigatinya atau terlalu rindukah kamu padanya?Alangkah ruginya kalian mencintai manusia lebih dari kecintaanmu terhadap Allah dan Rasulullah.
'Diantara kita ada yang ketiga'
'Nie zaman modenlah..buat apa macam orang dulu-dulu'..munkin itu antara beribu-ribu jawapan yang diterima apabila  isu 'couple' menjadi persoalan.Aku mengaku diri sendiri pun tak terlepas dalam isu yang berbangkit ini tapi berpada-padalah.Dalam kita bersuka ria ingatlah bahawa ada yang melihat.Kita ada batas pergaulan dalam Islam.Apa yang terjadi apabila agama kita lupa,siapa tuhan kita?Apa suruhannya dan apa pula larangannya..

Sekarang dah terbukti,lihatlah sendiri wahai anak muda kesilapan yang kita buat.Rasanya label jangan buang sampah merata-rata perlu diubah kepada Jangan Buang Anak Merata-Rata.Bukan aku nak mengata tapi inilah realiti sebenarnya kehidupan hari ini.Sekali imbas memang tak nampak apa-apa tapi cuba lihat sekali lagi,zaman sekarang sepertinya sudah kembali ke zaman jahiliah.

'Mana ada,zaman jahiliah dulu tak membangun macam zaman sekarang'..menjawablah pulak.

Ya zaman dulu tak macam sekarang.Macam-macam ada tapi ada persamaannya..agama ditinggalkan dan diletak di belakang,betul tak?Zaman sekarang lebih canggih tapi kecanggihan itulah yang disalah gunakan.Nak  tengok apa,video lucah,tak lucah,separa lucah,klik je.Senang,mudah dan mutakhir.
'Carilah ilmu dahulu'
Rasa-rasanya korang dah faham apa yang nak disampaikan.Kembalilah kepada Allah yang Esa.'Couple' tu berpada-padalah juga berwaspadalah.Berdua-duaan tuu harap jauhilah kerana ada yang ketiga iaitu syaitan laknatullah.Cintailah Allah dan Rasul Nya daripada segala-galanya termasuklah 'couple' korang.

0 comments:

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...