Pages

Saturday, January 14, 2012

Makanlah nak Makan

Zakat susah nak dapat.Kalau dulu cuma satu helai borang yang perlu diisi tapi sekarang borang yang satu tu dah bermadu jadi empat.Nak bagi zakat kat orang ke tak nak? Zakat kat budak-budak nak belajar pun tak nak bagi.Dah tuu zakat yang banyak tuu buat apa simpan,gunalah untuk kebajikan umat islam.

'usah makan duit..makanlah nasi'

Semua orang nak makan..makan untuk hidup..sehingga segelintir mereka sanggup makan suap..ya,rasuah dan pekara ini bukan kecil tetapi besar kerana ia beri kesan kepada mereka yang 'makan untuk hidup' dengan menggunakan duit haram ini.Kesan negatif terhadap anak-anak yang makan daripada duit haram ibu bapa mereka,isteri yang makan daripada duit haram suami mereka dan sebaliknya.

Apa yang nak dikaitkan dengan 'paragraph' pertama dan kedua diatas?Rupa-rupanya rasuah bukan sahaja berlaku di sesebuah syarikat yang besar malah lebih mengejutkan lagi Pejabat Agama pun main benda macam nie.Dan berkenaan harta zakat pun..munkinkah??

Borang zakat sukar diisi bukan satu tapi empat dan pekara-perkara yang perlu diisi juga amat merumitkan.Ada ke patut nak nombor tiang elektrik rumah.Aku sebenarnya tak nampak mana musabahnya perkara ini.Adakah ada konflik disebaliknya??

Adakah untuk mengurangkan bilangan mereka yang mendapat zakat mahupun harta zakat telah diselewengkan atau harta zakat dah habis digunakan oleh pihak yang suka 'makan'??Secara positifnya kita perlu fikir yang harta zakat digunakan untuk perkara kebajikan..tapi perkara ini perlu disiasat oleh pihak atasan..kerana telah ada kes 'makan-makan' kat pejabat agama yang melibatkan wang jutaan ringgit.Daripada jumlah tersebut 70% sahaja yang dapat diselamatkan setelah mereka-mereka tersebut diugut bahawa kes 'makan-makan' mereka akan diambil tindakan.

So,kerajaan perlu ambil berat perkara ini.Amar ma'ruf nahi munkar..bukan terhadap kes rasuah sahaja tapi banyak lagi kemungkaran yang berlaku..jika tak bermakna rakyat telah salah pilih kerajaan. 

Kerana duit,manusia sanggup buat apa sahaja.

~Don`t treat your mom like your maid~

Sunday, January 8, 2012

Sardin itik dan ayam

Sardin ke nie?..ikan sardin pe ke mendenye.Sejak bila aku pandai buat sardin..

Aku tak pandai masak,hancur ikan masak merah..tapi sedap per..lantaklah,kalau kau rasa lapar makan.Tak nak makan sudah..Aku pulak,tak kisah.Tuu 'Sardin Blurr Brand'

Aku terus makan kerana perut asyik merungut minta ditunaikan keperluannya.Tapi..

terasa diri ini zalim..Itik aku tak kasi makan hari nie..cuma dilepaskan dari kurungan..pandai-pandailah cari makan.Nak memasak ke,nak mengail cacing ke..ku harap korang semua kenyang

'itik uncle google'

Aku pernah dengar ustazah cakap kalau kita tak kasi makan binatang peliharaan dan menyebabkan kematian akan dimasukkan ke dalam neraka..betul ke ustazah??

Aku tak tahu kesahihannya kerana ilmu aku tak cukup-cukup..

Ahh,masa aku sekolah rendahh..ada beberapa orang cikgu praktikal yang diseludup masuk kat sekolah aku(cara halal).Tapi yang paling aku ingat dua orang je..satu budak-budak panggil dia itik dan satu lagi dipanggil ayam..Ayam dan itik ini selalu berjalan sama-sama,makan pun sama-sama..sehingga aku tertanya-tanya makanan itik dan ayam sama ke?

Dua orang cikgu tu just diam seribu bahasa..terkilan agaknya.Setiap kali mereka terserempak dengan budak-budak nakal tu..masa tu jugaklah panggilan ayam dan itik berkumandang.

Apa yang aku belajar daripada rentetan cerita itu..betapa tak bermoralnya akhlak mereka yang mengejek orang yang telah memberi mereka ilmu..mana keberkatannya ilmu mereka..dan kepada guru-guru semua ampunkanlah kesilapan kami.

Thursday, January 5, 2012

Language

Apasalla aku pagi-pagi lagi ayah aku dah speaking ngan aku..'how are you today?'...'i'm fine dad'

'ohh,you forgot to say Alhamdulillah'..can you help your father's business today..

'yeah..it's my job to help my father,mother and others who need help..'(aku bkan superman)

aku speaking pun broken english doo..lantaklah since my dad said you must brave to start with a mistake..it's okay..

'jadilah orang yang berilmu'

Biasanya ayah aku yang start dulu,lau nak tunggu aku start entah bila laa.Kalaulah ada subject komunikasi kat sekolah mesti aku fail..lau orang tak mulakan perbualan dengan aku,aku nie..aish..pendiam agaknya...he..pemalu..hahaha

Teruskanlah..insyaAllah nanti okaylah tuu.Bagus perh tahu bahasa orang asing.Kalau nak dakwah diorang pun boleh dan satu lagi ayah aku ada cakap Nabi pernah bersabda bahawa..'barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,dia tidak akan dapat diperdaya oleh kaum tersebut.'

Jangan korang pulak yang perdayakan mereka.. 

Okay..it's late already.wassalam

Wednesday, January 4, 2012

Pinggan Putih

Ayah suka makan dalam pinggan putih.Pinggan kaca putih..dan tak bersumbing.Mak pulak makan dalam pinggan kaca jernih.Aku??

Entah..aku tak kisah tapi kebiasaannya ikut mak sebab pinggan jernih banyak,pinggan putih sikit.Khas untuk ayah kot.Mana-mana pinggan kat depan mata aku,aku lantak je.
'daddy punya'

Mak pernah tanya ayah 'kenapa ayah nya suka makan dalam piggan putih'...ayah aku pun jawab 'makan dalam pinggan jernih nampak lantai kalau makan atas lantai sebab jeernih..so ayah rasa cam ayah makan makanan yang ada atas lantai..lau makan atas meja,nampak alas meja,ayah rasa cam makanan tu ada atas meja..ayah pun tak ada selera.'

'mak punya'

Aku??..aku tak kisah.Sal aku lapar aku tibai jea..makan meja ke,lantai ke,putih ke....lantaklah.Yang penting baca doa.

Setiap orang ada citarasa yang berbeza..

Tuesday, January 3, 2012

Fuh..Budak Sekolah

                                                 
nasib guru..

Aku bukan lagi budak sekolah dan tak mungkin lagi untuk aku menjadi budak sekolah.Sekolah mintak aku berambus kot tak nak dah tengok muka budak nie lagi..maka berambuslah aku..

Tapi....aku masih lagi dikelilingi oleh budak sekolah yang suka kacau aku.Budak yang selalu meleleh hingusnya,hampir-hampir dia nak lapkan hingusnya kat tuala aku tapi sempat aku kasi amaran..ciss

Aku suruh hafal sifir..tak nak.Dia cakap darjah dua cikgu tak ajar lagi sifir,cikgu ajar tambah tolak je..cehh macam aku tak pernah masuk darjah dua.Bila aku cakap lagi ..hafal sifir..apa dia jawab?

'Adik tahu doh sifir,tahu belaka oh..'ooo..mari sini aku nak test..sifir dua je

Dua darab dua...'dua'

Empat darab dua..'dua'

Tadi kata tahu belaka doh..wakpe jawapan ye dua belaka ye..'doh sifir dua mesti jawapan ye dua'..adush

Semangat aku tanya..doh lah jawab sambil seh hingus..kurang inci betull

'Sekali agi..'

Empat darab dua..'jap33..eeeaa..'  lambat!

Enam darab dua..'eeeaa dua belas'

Tiga darab dua..'enam'

Tujuh darab dua..'eeeaa..' lambat!

Lapan darab dua..'eeeaa..'lambat!

.....lambat!....lambat! cepat ahh..

conclusionnya..adik!

dua darab dua..'lambat'(jawapan adik)

lantaklah ko...

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...