Pages

Thursday, March 17, 2011

Babi Laut

Wahh!chalet tepi pantai..sekolah mana nie 'class' benorr..sekolah yang menyaksikan kekalahan pertandingan nasyid sekolah aku tahun lepas..padan muka ko..wakakaka

Pagi..
Suasana sepi..hanya kedengaran suara daripada kotak television..mana bebudak lain???
'Diorang tunggu bas kat depan sana..yang selebihnya tidolah apa lagi,'sahut sorang teman..
Ohh,nak pergi sokong kumpulan bola jaring sekolah kat padang yang agak jauh dari lokasi penginapan.

'no 'u' turn for baabi'

Suasana kembali tenang..
Kabus pagi masih menyelubungi persekitaran..
'Arrgh!'..aku mendengar jeritan demi jeritan yang bersahutan..bukan sorang tapi ramai..dan bukan ayam yang berkokok di pagi hari..jeritan tersebut diikuti dengan bunyi larian beramai-ramai menuju ke arah chalet..

Aku termanggu seketika..nak kata larian amal..aish,tak de..

Jeritan tersebut semakin hampir..kaki aku terketar-ketar..apa nie..

Arrg!!baaabi.....baabi..

Aku bukak pintu..sekor demi sekor melompat masuk dalam rumah..tanpa sempat melangkah anak tangga..bukan babi yang melompat tapi kawan-kawan aku..

'Babi..babi..',ucap sorang teman..

Cerita teman..dengan termengah-mengah..

Kitaorang tunggu bas tadi sambil main-main bola..dalam gelak ketawa tetiba kitaorang dengar bunyi bas datang..apalagi kitaorang bangun dan berjalan dengan bergayanya kearah bunyi tuu(kononnya bas tuu kitaorang punya) walaupun bayang bas masih tak nampak..tapi bunyi mengiakannya..

Tetiba..bukan bas yang muncul tapi babi  gemok dengan jayanya berlari menuju kearah kitaorang..macam pertandingan larian amal tuu..siap dengan bunyi lagi kononnya dialah juara..bodoh giler babi tuu..dengan muncungnya juga 'siongnya' yang menyilau di bawah pancaran bayu pagi..babi tuu berlari kearah kitaorang..

Apalagi menjeritlah sorang-sorang..macam histeria..ada yang melompat kerusi,yang bawak bola dengan bolanya..berlari semua masuk dalam pagar chalet perempuan yang berpagarkan zink merah..rupa-rupanya ada yang tertinggal..

'aku sorang lagi..aku sorang lagi..'nasib baik suara die macam mikrofon..

Tulah sampai kat chalet nie..kitaorang melompat macam babi tuu..

cerita tamat..
'anak baranak babi laut..huahuahua'
'mana babi tuu???'

Budak lelaki kata babi tuu dah buat pusingan 'U' sebelum siongnya menyentuh pagar..ketawa kitaorang berderai.Aku terfikir macamane babi kat sini pandai 'U' turn yea..

''Dasar babi laut''.......

Jom Merokok !

Macam-macam kempen 'Tak Nak Merokok' dijalankan..tapi 'tak nak' berkesan pun kempen tuu.Makin banyak orang hisap rokok adalah..Hari nie aku nak berkempen pulak 'Nak Tak Merokok'..

'jangan hisap rokok..jangan'

Sebenarnya kempen 'nak tak merokok' dah lama dijalankan di sekolah.Penganjurnya adalah cikgu-cikgu yang aku hormati..Kitaorang hormati cikgu tapi mengapa cikgu tak menghormati kami..cikgu buat larangan atas pelajar akan dikenakan tindakan jika terbukti menghisap rokok tapi cikgu sendiri yang hisap rokok..Kami dah buktikan..Tak tahan ke..lau nak sedut asap rokok tuu buatlah diluar sekolah..

Sekolah
Hari Sabtu tika ku kebosanan tahap gaban..walaupun hari nie hari cuti tapi sekolah tetap dibuka kerana kejohanan sukan dijalankan.Aku dan michek jalan-jalan belakang bangunan sekolah..tengok-tengok manalah tahu jumpa bidadara ke kat belakang sana..tetiba michek dengan muka berbintiknya sekat perjalanan aku..

'cikgu beb..blah ahh'

'Apasal,biarlah die kat situ'

'Bongok ahh  mung nie..cikgu tengah isap rokok tuu..dokkan mung nak wak muka selamba je lalu depan die..'

Biar betul..aku melihat dibalik tiang..asap keluar berkepul-kepul..memang sah..cikgu aku pulak tuu.

Geleng-geleng..
Mulut aku rasa ringan jea nak keluarkan peribahasa 'cikgu kencing berdiri,murid kencing berlari'..budak-budak lebih 'advance' daripada cikgu..merokok belakang bangunan??? Kan udah ketahuan..tengok budak-budak..mana ada belakang bangunan.Atas syilinglah cikgu..atas bangunan..

Tak pasal-pasal program kat dewan aku ponteng..aku takut jumpa ngan cikgu tuu..bukan takut atas apa aku lihat..tapi takut aku  akan kutuk-kutuk cikgu.Aku masih 'respect' korang semua walaupun korang tak 'respect' kami..

Apa yang terjadi tahun lepas..
Budak Form 5 digantung sekolah gara-gara kes merokok..dahlah masa tuu sebulan lagi diorang nak exam..bukankah rokok menenangkan..stress + tension ..bukan aku kata tapi cikgu yang buktikan..

So,kepada cikgu-cikgu yang dah tak tahan tunggu saat isap rokok tuu..sabarlah sikit..panjatlah syiling join kitaorang..jangan buat kat belakang bangunan tapi atas bangunan untuk menjamin 'kerespectan' kami kepada kalian..wakakaka

~jangan cari penyakit dengan menghisap rokok ~
'hisaplah rokok untuk mencari penyakit..ehh,apa aku cakap nie..'

Wednesday, March 16, 2011

Siput+ Babi..

Satu bulan aku tak balik rumah..agak-agak camane dengan orang yang merantau yea..empat tahun baru boleh jumpa mak bapak..sepuluh tahun pun ada..tapi zaman sekarang yang 'oversea' pun ada yang balik sebulan sekali..duit mak bapak banyak..apa nak heran..

'siput baabi'

Yang buat aku bengang..nak bukak internet susah nak mampus.line lambat macam siput babi..broadband punya pasal..streamyx tak boleh guna..sapelah yang tak de kerja pi curi kabel..

Susah sangat ke nak cari rezeki halal..kenapa suka cari pasal,jadi sampah masyarakat..lau dah sampah tuu takpe gak..boleh aku bawak masuk dalam lori saampah..

Aku dah rasa menyampahlah cakap pasal sampah.Cukuplah..aku nak pi buang sampah..tadaaa

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...