Pages

Saturday, March 19, 2016

Ahlan Wasahlan

Lama tak singgah blog sendiri.

Ahlan wasahlan.,hari ni birthday ayah. Moga mak ayah sentiasa dalam rahmat Allah.

Image result for musafir

Kawan sebelah cakap,,lapar,, akak di depan cakap,,makanan orang mukmin itu zikrullah,.haha

Menjadi perantau, musafir di negara orang.

Sunday, March 9, 2014

Bukit Terbakar

Lama tak hujan..masuk bilik terasa bahang..aku mahu terjun tasik!!..woha

Malam baru nie ada kelas,start lepas isyak sampai kul 1 pagi..on the road balik asrama..tetiba mata yang kuyu terbukak luas..

'wehh,,api laa',kawan menjerit ala-ala tarzan.

Bukit kat belakang asrama membakar dirinya sendiri..


'uih,garang betul..garang-garang,bunuh diri sendiri pulak tuu..adoi',aku membebel.

'Telefon la bomba',ujar teman sebelah.

'Bukit tu bukan terbakar tau,ada yang membakar...bukan jugak bunuh diri',..kepalaku dihempuk.

'Ada yang membakar??,aku kepeningan..'telefon la polis sekali..'

'aish,budak nie..bukan orang bakar..Allah yang izinkan bukit tu terbakar..cari laa ibrah sikit'.

'Kalau kita duk atas bukit tuu,fuhh boleh jadi ayam panggang,,rentung pun boleh.Tuu api dunia,bukan API NERAKA lagi.'

''Gulp''..hee,aku tersengih.

Saturday, October 19, 2013

Mem'babi' Buta


Suatu hari tuu..nazlan tanya aku..

'Kau rasa kotor tak kalau aku cakap menatang 'babi',soal si dia.

'Tak pun,'aku jawab tak sempat nak fikir-fikir..'memang zaman sekarang nie ramai orang buat kerja mem'babi' buta..haha'.


'saya pemandu berhemah,,hehe'

'Tu lah zaman sekarang..cakap babi-babi pun tak rasa apa-apa.Masa aku masih budak-budak dulu..bila ada orang cakap 'babi' rasa kotor giler..tapi zaman sekarang kita dibiasakan..amat..dengan benda kotor cam tuu.Kalau cakap pun tak rasa apa-apa.Kalau makan pun entahlah rasa ke tak.

Hehe,,aku sengih..mana aku taw,,pi la tanya ejen halal..haha.

Orang cina cakap,orang melayu makan babi jugak.

Apasal pulak?..banyak benda cam tu dalam 'instant food'

Ye ke?..mana aku taw,tanya laa jakim and the geng..kah3.

'Memang nak kena la kau nie'

Apasal marah aku pulak,,marah laa babi..oppst khinzir..woha.

No Shed No Cry..Just Smile

Ali Ibn Abi Talib said..'Beautiful people are not always good,but good people are always beautiful'..So,just be a good one,,you are a beatiful person..smile.:)

'wooha'

Do you have a BIG problem..no shed no cry..just say to your problem..i have Allah,,He is Bigger then anything else.''when Allah solves your problems,you have faith in his abilities,when Allah doesn't solve them,he has faith in your abilities''..He is so sweet.:)


Sakitkan Bila Kehilangan?

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku sering menjauhkan diri agar suatu hari nanti aku tidak disakiti atau menyakiti kerana sebuah kehilangan.

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku sering membuat tak tahu walau hatiku mendesak ingin tahu bagaimana keadaan mereka yang aku kasihi

'dunia ini sempit andai kau fikir kau keseorangan'

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu hatiku kering tak lut dek rasa bahagia,tak terkesan dengan manisnya ukhuwah.

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku banyak hipokrit,zahir gembira,hati kesunyian,hidup keseorangan,,kosong...

Sakitkan bila kehilangan?

'kena kuat..bangkitlah'

Tapi..betulkah caraku dengan mengelak segala nikmat,dengan menafikan segala rasa..

Bukankah lagi sakit,,menafikan segala nikmat yang Allah berikan?

Lalu ku cuba membuka hati untuk terus menyayangi,,membuka mata untuk terus menilai,,mengukir bahagia dalam setiap kenangan,,menghargai dalam setiap kemanisan ukhuwah..kerana ku tahu betapa sakit pun kehilangan itu,,kan terubat dengan keikhlasan dan kesyukuran hanya kerana DIA,,ikhlas bertemu kerana DIA,,bersyukur dipertemukan oleh DIA,,biar pun berpisah atau kehilangan di dunia..aku tetap percaya pertemuan 'di sana' akan menjadi lebih indah...

Andai segalanya kerana DIA..
[Bertemu dan berpisah kerana Allah]

Bukan nukilan diri sendiri,,tapi luahan hati seorang teman..Moga dirinya sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah.

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...