Pages

Thursday, December 2, 2010

Bongok

Uihh..penat betul buat persiapan menjelang kenduri sambut menantu khas buat abang aku sabtu nie.Kalau macam nie aku kena mintak bayaran nie.Tengah rehatkan badan tetiba teringat pulak kenangan sebelum aku 'exam' PMR dulu.

Kebetulan pulak tahun aku 'exam' PMR,adik aku pulak 'exam' UPSR' manakala abang aku sorang lagi nie 'SPM'.Opps silap,bukan kebetulan tapi Allah dah tentukan segala-galanya.Semua ada,pakej yang cukup lengkap.Tapi,yang aku geramnya abang aku buat 'donor' je al-Maklumlah kepala dia tuu macam 'photostat'.Esok nak periksa,malam nie sibuklah dia 'photostat' buku teks.
.
                                                           'jawab elok-elok yea'

Satu hari tu,abang aku  bergaduh ngan adik aku.Entah apa-apa entah tetiba je abang aku kata kat adik aku 'bongok'.Adik aku pun apa lagi balaslah balik.

'Bukan aku bongok,mung tu bongok',adik terus melawan.

'Mung lagi bongok',si abang tidak mahu mengalah.

'Mung ah bongok sebab mung kata aku bongok.Mak kata siapa yang kata kat orang lain,bende tu akan kena kat dia balik,faham bongok,'si adik semakin bisa berbicara.

'Mung kata kat aku jugak,maknanya mung pun bongok,'si abang bengang.

'Baguslah tuu dua-dua bongok,yang sihat wal afiat aku je..,'aku masuk mencelah.

'Kau lagi bongok sebab kata kat dua orang.Nanti bongok+bongok kau dapat..hahahaha,'abang aku balas kat aku.

'Okey nanti kita tengok 'result exam' masing-masing,siapa yang bongok antara kita bertiga',aku beri cadangan.

'Nah,aku rasa mung ahh bongok nanti sebab UPSR kan ada 5 subjek je...,'ejek abang aku lagi.
                                          
'Baik,kita tengok je nanti aimin..,'adik aku memberikan kata putus.

                                                                ****************

Akhirnya masing-masing dah dapat 'result'.Alhamdulillah masing-masing memeranjatkan mak aku.Si adik mendapat 5A dalam UPSR,si abang pulak dapat 7A dalam SPM dan aku pulak dapat tinggi sikit dari abang aku.

'Aimin,siapa yang bongok yea',aku memulakan bicara.

'Nah lah yang bongok..hahahaha',abang aku cepat berkata-kata.

Adik aku apa lagi,terus ambik batang penyapu mengejar kitaorang berdua.
                                                        'Muhaimin abangku'

Sebenarnya ingin sangat aku nak cakap kat adik aku...'Adik,sebenarnya tak ada siapa pun yang bongok,bahlul ataupun bodoh.Allah dah kurniakan nikmat akal kepada kita.Kita sebenarnya yang menentukan sama ada kita nie bodoh ke,bongok ke atau kita orang cerdik pandai.Semua nie bukan berdasarkan akademik sahaja..ada orang pandai dalam bab kemahiran,memasak,merekacita dan banyak lagi'.

                                                   ~Kepada Allah Kita Kembali~

1 comments:

sufi said...[Reply to comment]

hahaha...nama pun manusia. Ada akal.

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...