Pages

Friday, March 30, 2012

Lifeless

Yesterday is thursday..lifeless..i don't know.Aku jumpa Zulfikar kat PSM tadi.Budak yang suka berdolak dalih..dia 'classmate' aku sekolah rendah.Kalau dia cakap..entah betul ke takk

'Kau tak nak naik motor ke?',aku saje tanya.

'Tak de helmet..',dia jawab.

'blurr'

Entah betul ke tak..aku pun tahu..Aku terus naik motor..bersungguh amat..sebab hari 'test' dah dekat.Bila aku puas hati aku berhenti.

Aku ambik beg aku..aku pandang dia..cehh tak naik motor lagi..

'Kenapa tak naik lagi?'lagi sekali aku tanya.

'Aku dah ambik lesen',selamba dia jawab sambil tersengih.

'Bengong..'

Kan aku dah cakap..dia cakap tak leh percaya..tuu pun entah betul ke tak betul..'dah ambik lesen'..

Monday, March 26, 2012

Result SPM


Camne 'result'..bla bla bla..Alhamdulillah.Bukan aku punya pun..Allah yang beri..aku nie kosong je.Iye..bukan aku punya..buktinya..ha biar aku cerita.

Aku sekarang sedang ambik lesen kereta,motor,boat,kapal terbang dan lesen mengorat..

Masa aku tengah belajar tadi,cikgu aku pun tanya..result camne..aku pon jawablah..bla bla bla..tapi ada 'part' ah aku tanya 'Abang ...belajar kat mana dulu'..'kat sekolah',dia jawab.Sebenarnya maksud aku 'kat mana tu lain'..bukan kat sekolah.Aku rasalah dia perasan je soalan aku.Pastu senyap..aku rasa serba salah..lantaklah..aku terus bawak 'kapal terbang' tu..

 
'spm ke psm..sijil pelajaran memandu'

Aku ingat berhenti cam tu je..tapi dia sambung..
'Abang belajar sampai sekolah je..pastu tak sambung-sambung.Result tak cukup makan..kalau diikutkan kat sekolah..abang 'fight' dulu dah..bila keluar 'result',abang pun tak sangka jadi macam tuu..'

'Rezaki Allah luas kan Abang ***,ada di mana-mana..'ujar aku..dia mengiakan ..budak keluar U pun ramai tak bekerja(cerewet nak kerja)..

Aku..aku tak 'fight' sangat pun dulu..bila keluar 'result',aku pun tak sangka jadi macam tuu..Alhamdulillah..tu la aku cakap,bukan sebab bla bla bla kita berjaya,semuanya adalah kehendak dan iradat Allah..firman Allah s.w.t 'dan apabila kamu telah berazam(berusaha)..maka berawakkallah kepada Allah'.


~Aku bukan ustazah..aku orang yang selalu dimarahi ustazah..ustazah zu*****..kalau aku silap,aku memohon tunjuk ajar korang yang lebih 'arif~



Igauan SPM

Cikgu yang ajar aku kereta..ada tanya aku..'ambik berapa SPM'..sebelas..'yakin dapat 11 A'..takk..

Mulut aku masa tuu tak ada lesen betul..memang aku jawab 'takk' tapi dia balas balik 'insyaAllah'..

 
'betul tu'

Aku tersentak..Allahurabbi

Aku teringat bahawa sesungguhnya kata-kata itu doa..betapa 'confidence' nya aku aku jawab 'takk'..Aku tak terkata-kata..padahalkan Allah yang mengkehendaki segala sesuatu..kenapa 'takk'..nak lawan kekuasaan tuhan??

Memang aku menyesal la hari tuu sehingga satu hari aku terfikir-fikir benda tuu..sampai mimpi.Terima kasih cikgu..ingatkan saya.

~ucaplah InsyaAllah kerana itu lebih baik untuk mu~

Friday, March 23, 2012

Nak Mampus Budak Nie

Aku tunggu ayah aku datang kat 'psm' bawak aku balik.Macam biasa aku tunggu kat tempat 'parking' motor.Tempat 'parking' tuu agak luas tapi motor-motor yang ada kat situ bersepah-sepah.Semua tak pandai nak susun.Pak cik jaga ada tapi duduk je kat dalam pondok..main 'game'..kurang didikan betulla.Sepatutnya dialah yang marah-marahkan budak-budak yang tak pandai susun motor..ciss

Tetiba muncullah sorang mat motor nak keluarkan motornya..mana tak susahnya,dah tak nampak laluan nak lalu.Tanpa disengajakan mat motor tadi tertumbangkan sebuah motor.Bang..bersepai nombor plat motor bahagian belakang.Apa lagi empunya motor tuu terus bangun dari tempat dia duduk tak jauh dari situ.'Nak mampus budak nie',ujarnya sambil pegang topi keledar.

Agak-agak memang mampus arrg budak tuu kena hentak dek topi keledar..bersepai kot.Kalau tengok lagak diorang memang nak gaduh.

Tanpa disangka-sangka datanglah sorang 'heroin' selamatkan keadaan lagak macam 'catwoman'..miow-miow sambil memegang sebatang penyapu lalu menjerit.'Korang berdua nie nak makan penyapu aku ke..'lantang mak cik penyapu sampah tuu berucap.

 
Dengan lagak berani mati,mak cik tu pun menembak mamat topi keledar tuu dengan air liurnya..'Hei awang topi keledar,jangan lu pikir dia sorang je yang salah..kau tuu yang tak makan saman.Letak motor ngata rawe..memang patut arrg kena langgar.Patut arrg Hafiz Af buat lagu Awan Nano..untuk kau rupanya..'

Mamat topi keledar tak terkata-kata 'speechless' sambil mengangkat motornya.'Awang-awang'..Tuu nasib baik ada orang tua,kalau tak tahulah den.

~Aku nak tanya jugak mamat topi keledar tuu..'Kenapa kau tak tibai je orang tua tuu sekali?'..Aku agak ko jawab macam nie kot..'Sebab aku masih ada sifat hormat pada orang tua..'
Aku agak je berlandaskan apa yang aku lihat..woha ~

Thursday, March 22, 2012

Cerita Adik

Hari-hari aku angkat kipas.Malam masuk bilik aku,siang menerobos ke dapur.'Time' adik aku balik asrama,aku jugak yang angkat kipas walaupun dia satu bilik dengan aku..kurang asam betul dia ingat aku tukang angkat kipas.

 
'kipas berjasa'

Malam cuti tuu..aku wase malas doh nak ngakat kipas.'Che Nat,ambik kipas wak masuk dalam bilik',aku berlagak jadi pengarah.'Aku nak angkat separuh jalan je',Che Nat menjawab..cilake..'Wei mana ada ke kerja buat separuh-separuh,orang berak pun ,tak berak separuhlah'.

Nanti 'time' hantar ko pergi asrama..aku suruh ayah letak kau kat tengah jalan.Separuh-separuh jelah..minyak kereta pun jimat..separuh-separuh.Ceh buat separuh-separuh konon.

Abang aku tak suka kalau seseorang tuu buat kerja separuh jalan.Kerja tak siap..Kalau kita buat kerja tuu masti ada tekad yang kita akan siapkannya.

~Terima Kasih Semua yang nak bagi hadiah kat aku..Aku Tunggu..haha94~



 

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...