Pages

Saturday, December 11, 2010

Ada apa pada sungai

Hari nie tak hujan..biasanya cuti akhir tahun hujan tak henti-henti sampai terpaksa tukar tuala dengan kain pelikat  untuk pakai selepas mandi.Bukan apa bimbang tuala tak kering alamatnya tuala akan naik jeragat.Air sungai tetap mengalir seperti biasa tapi warnanya yang keruh membimbangkan aku.Munkin kat hulu sana hujan turun kot,aku buat andaian sendiri.Kalau mandi sungai memang sah ada lintah+pacat yang khas diimport dari sawah.

Kalau tahun lepas,aku dan abang aku pergi memancing ikan je kat sungai.Musim hujan nie ikan banyak lah tuu.Biasanya ikan yang dapat bawak balik tunjuk kat mak ialah ikan duri,baung, dan belukur.Ikan toman dan sembilan tunjuk muka je kat permukaan air.Munkin sangaja nak mengejek sebab tak pernah dapat,hahaha...Kalau cam ikan keli,haruan,sepat dan seumpamanya tuu tangkap kat sawah sebab air naik.Ikan-ikan nie sama naik.Udang pulak kalau yang kecil-kecil tu makan mentah-mentah je.
'Ikan Haruan kot'
Pagi-pagi lagi aku terus dapat soalan dari abang aku..

Nampak 'joma' abang tak?tanya abang aku..

'Joma'..entah,bukan aku pakai pun..hahaha..dia punya 'joma' tanya aku pulak..
                                                   
Hari nie mak suruh tolong cat rumah,sikit-sikit je maklumlah ramai anak mak balik cuti nie.Lepas siap kerja-kerja tu semua,terus merancang buat projek.Projek apa tuu?Jom mandi sungai..hahaha excited giler adik-adik aku maklumlah sejak 'start' cuti lagi asyik tanya soalan sama,'bila nak mandi sungai?'

Macam aku kata kat atas,air sungai 'still' nampak keruh.Kata orang 'air yang jernih jangan disangka tiada buaya..aku pulak sambung 'apatah lagi air yang keruh,memang sah buaya berlambak-lambak'.Teete aku tipu je.Adik aku pun terus menyampuk..jangan sebutlah buaya kat sini!

'Don't waste your time,lets go'...terus kami buat pesta air tanpa minta permit.Agak letih jugak berenang kesana-kemari coz lama tak mandi sungai.Teringak pulak sebelum cuti baru nie,cikgu ada cakap tahun depan masuk pertandingan berenang.Aku  rasa macam nak 'surrender' je tahun depan melihatkan pengalaman aku tahun nie.Tak ada persediaan langsung tetiba je terus masuk dalam kolam untuk pertandingan.Giler ke apa..stamina tak de beb.Kalau aku kejang masa tuu tak tahu la apa nak cakap.

Orang luar cakap tali air tuu sungai..habis sungai yang sebenar nie apa,laut?..
'Sungai Terengganu'
Sungai kita orang nie Sungai Terengganu..lebarnya agak panjang jugak 1000m.Aku pun tak lepas nak berenang.Luas mata memandang..fuh!kalau buat tempat peranginan menjadi nie..cayalah

Syokkan cuti sekolah.Sementara korang cuti nie,gunakanlah masa tuu dengan sebaik-baiknya..manfaatkanlah.Tak payah belajar macam dalam kelas..belajarlah kemahiran yang terdapat di sekelilingmu seperti berenang,memanah,menunggang kuda.Sunnah Nabi tuu..Time belajar pulak..belajarlah betul-betul..

2 comments:

sufi said...[Reply to comment]

betul ke gambar tu ikan haruan? mcm kelakar je. hehehe

aku said...[Reply to comment]

Entah..aku letak je,aku kurang pasti..asalkan ikan..woha!

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...