Pages

Monday, December 13, 2010

aku rindu zaman kanak-kanak


Aku rindu zaman kanak-kanak.Jadi budak nakal bila main dengan kawan-kawan,pergi ceroboh kebun orang semata-mata kerana permainan 'polis entry' juga dikenali dengan panggilan 'polis dan pencuri'.Kalau main tuu,'area' yang ditetapkan adalah seluruh dunia..hahaha padahal tak sampai pun setengah kilometer.Ada sekali tu,aku pergi teman abang mengail ikan atas tongkang(kapal besar).Kalau ikutkan undang-undang kawasan tongkang nie tak boleh masuk pun kecuali pekerja je.Munkin sebab bahaya kerana segala macam barang ada kat sini seperti pasir,jengtolak,batu..macam-macamlah.Kerana  ikan kami redah jea.
Kat sekolah plak perangai dengan sekelip mata je berubah.Kawan sepermainan buat macam tak kenal je.Kalau bertembung pun buat tak kenal berselisih bahu je.Time jumpa petang bukan main lagi kejar-kejar.Aku rindu zaman tuu.Bila cikgu panggil mintak tolong,ikut jea..sebab tu lah kalau cikgu nampak muka aku masa tu tersengih diorang tapi bila naik sekolah menengah bila cikgu nampak muka aku mesti diorang geleng-geleng kepala.Apa nak jadi???Aku pun tak tahu kenapa cepat sangat aku berubah yea.Kawan aku lagi dahsyat,sekolah rendah jadi ketua pengawas.Naik sekolah menengah jadi ketua 'setan'.

Rasa cam diri nie tak berguna.Kalau mati time budak-budak dulukan best,boleh masuk syurga.Bila orang tanya,'bila besar nak jadi apa?'Dalam kepala aku tak de pun jawapan bagi soalan tuu.Sekurang-kurangnya jawablah,'saya nak jadi pembela agama sebab orang zaman sekarang jadikan agama dia cincai-cincai je'.Bila kita tolong agama Allah,Allah akan menolong kita.

Zaman budak-budak,zaman tak ada perasaan,zaman tak ada beban atas bahu..Belajar pun hanya kat sekolah,bila balik sekolah semua tu tak ada dalam kepala tapi setiap kali periksa..result boleh tahan jugak,munkin sebab aku banyak fokus pendidikan islam masa tu.Dan seperti apa yang aku kata kat atas,'bila kita menolong agama Allah,Allah akan menolong kita'.Tapi sekarang aku kat mana??kenapa subjek-subjek islamik aku tak beri perhatian pun macam dulu..aku rindu zaman kanak-kanak!!


Aku hanya seorang budak yang inginkan bimbingan!Kenapa kami tak diberi bimbingan tentang akhlak dan sakhsiah diri,akidah dan banyak lagi yang harus diutamakan..Kenapa cikgu-cikgu kat sekolah hanya mementingkan pelajaran kat sekolah?Kenapa Guru Besar hanya mementingkan 'ranking' sekolah setiap kali peperiksaan?Mana kementerian pelajaran..kami nak minta subjek akhlak diperkenalkan kat sekolah macam kelas 'kafa' kat sekolah rendah dulu.Kami tak nak pembelajaran seks kat sekolah.Apa salahnya panjangkan tempoh masa untuk ustaz-ustazah ajar tentang Islam kepada kami.Kami dahagakan ilmu agama.

Budak sekolah makin lama makin menjadi-jadi.Perangai buruk macam beruk,bergayut sini sana dengan pasangan masing-masing.Bila isu ini berbangkit kenapa nak salahkan kami.Lihatlah orang disekeliling yang buat kami macam beruk.Jangan lihat kami sebagai pemangsa tapi lihatlah kami sebagai mangsa.Mangsa daripada orang atasan,kerajaan yang tak beri sokongan,masyarakat yang hanya memandang sinis.

Ini pandangan seorang budak sekolah yang pernah dianggap kurang ajar oleh cikgu..Aku meminta komen membina kerana aku masih budak sekolah.

1 comments:

pemuja rahsia said...[Reply to comment]

bagus2....
teruskan pejuangan mu...
insyaallah....
allah bersama hamba2nya yg ingin berjuang dijalanya....
amin...

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...