Pages

Thursday, December 1, 2011

Hah..nak tanya ape


'Aku kat mana?aku ada kat makmal komputer sekolah'..

'betul kata kau..hitam itu gelap'

'Sorang je?',dia mencelah..

'Sebagai budak sekolah sorang je..tapi yang lain ada..ustazah rohana kat sebelah aku..abang sobree kat belakang aku..Adam dekattt hujung sana..kak mas tengah sembang kat pintu sana..ermm..apalagi ko nak tanya'..

'ko nak suruh aku belanja tak..apa-apa je..makanan'..

'tak payah,kalau aku lapar aku pergi la dewan makan cari makanan..dahlah,jangan ganggu aku..jari jemari aku nak menari nie..satu lagi..terima kasih belanja aku burger hari tuu..jangan harap apa-apa dari aku..harap aku belanja balik boleh laa..hahaha'

Jari jemari aku pun menari diatas landasan alam maya aku..

'Tak pergi outing ke?',kak mas mencelah.

'tak,kenapa ?',aku jawab..p/s:aku lebih selesa duk sorang-sorang macam sekarang kat makmal nie..

'semua kawan-kawan keluar makan KFC,kenapa tak ikut?'..

'Bajet tak lepas la..kalau kak nak belanja..saya on jea hehe'..

'eelleh,tadi ada orang nak belanja kenapa tak nak?'..'die tu lainlah kak,kalau saya on nanti die ingat saya bagi harapan kat die pulak..kesian pulak kat die..nanti bila saya tinggalkan die..tak pasal-pasal frust menonggeng'..

 'couple???'

Jari jemariku terus menari-nari..tapi aku terfikirkan benda lainlah..'couple..'

'ko takut couple?'tak lah..tapi..aku takut effect die..boleh jahanam aku..tengoklah camane..

Apa tengok-tengok..mak kawan aku cakap orang yang couple orang yang bodoh..dan aku harap aku tak tergolong dalam golongan tu..moga diri ini terpelihara..

Tengoklah camane..

Saturday, August 27, 2011

Blog..Jaga Diri Baik-Baik Yea


Blog..
Aku bukanlah seperti gadget-gadgetmu
Yang setia menemanimu di alam maya ini

Blog..
Bukanku ingin lari daripadamu
Bukanku mahu membiarkanmu
Tapi perhatianku bukan hanya untukmu

Aku punya tanggungjawab yang besar
Sebesar harapan ibubapaku
Juga harapan guru-guruku
Ingin melihat aku berjaya dalam pelajaranku


Blog..
Jika kau menghargai pengorbananku 
Mencipta kau menjadi seblurrr ini
Sudi sekiranya kau terus setia 
Menjadi milikku.

Blurr benor aku wak sajak ke blogggg.................tet tet tet

Friday, April 29, 2011

Jadilah Seperti Helang

'Aku Ingin Seperti Helang'

Jadilah seperti helang yang gah melawan angin..terbang keseorangan dengan misi dan visi yang tersendiri..menongkah ribut taufan demi mencapai satu impian..'Menuju ke Puncak'..

Apa cita-cita korang semua?,ujar seorang guru.

Aku menggelabah mencari jawapan..apa tidaknya..aku sendiri pun tak pasti nak jadi apa.

'Ha!awak kat hujung sana..boleh bagi cikgu jawapan,'cikgu menghalakan jari telunjuknya kearah aku.

'Aduh...apasal aku yang kena..asyik-asyik aku yang terkena soalan macam nie..,'hatiku bebicara seraya berdiri dengan muka 'blurr'.

'Ciita-cita saya nak jadi cikgu..eea..bukan-bukan..doktor.....zzzzzzzzzzz..tapi..emmm..tu jea..,'apa punya soalan aku jawab..aku duduk sambil mengetuk-ngetuk kepala..terasa macam air masuk kepala..

 
 'Hebatnya Ciptaan Ilahi'

Jadilah seperti helang yang ada cita-cita yang tinggi..Apabila si helang sampai ke puncak,ia terus mencari mangsanya..Setelah itu,helang menerkam dan membawa ia terbang.Jadilah sepertai helang yang punya visi dan misi yang hebat.

Bukan seperti diriku..(tunduk memandang lantai)
 
~Ya Rabbi,jadikanlah aku dikalangan orang beriman Ya Allah.Jadikanlah ia cita-citaku yang tetinggiku Ya Allah..bukan mengejar profesion di atas dunia semata-mata..Amien~

..Doakan Aku Duhai Teman..

Friday, April 8, 2011

Just a Night Mare

'Jika murid Diajar Dengan Pujian..Dia akan Belajar Memahami'...ada betulnya ngan kata-kata hikmah nie.Tapi sayang,hanya sesetengah guru sahaja yang mengetengahkan kata-kata hikmah nie..bukan aku nak kata yang bukan-bukan..Dalam kalangan guru..ada yang macam tuu dan ada pula yang macam nie..lain guru lain cara diorang..Tapi bagi aku cara nie lah yang paling tepat..

Aku sebagai seorang budak..bila cikgu puji aku,aku rasa lain tau..rasa diri dihargai,terharu..apa kita buat kalau kita rasa dihargai..mestilah nak balas balik jasa diorang..disini terbukti bahawa budak-budak akan menghargai apabila dihargai.

'this is me'

'Bila Murid Diajar Cemuhan..Dia Belajar Rendah Diri..'Cikgu jenis macam nie pun ada..Aku pernah kena..bukan sekali tapi banyak kali.Dia kata kat aku,dia marah aku..dia kata kat aku..'kalau tak nak belajar,balik semula sekolah lama'..mentang-mentang aku pendatang baru kat sekolah aku nie..

Aku tak tahulah apa motif dia..nak bakar semangat aku atau...dia nak bakar aku,memang aku rasa panas..hati aku panas..jiwa aku terbakar..kata-kata dia macam nak usir aku jea.

Dah berapa bulan berlalu..dan apa yang terjadi pada aku sekarang..aku senyap jea 'time' dia mengajar..kalau dia pandang kat aku..aku tundukkan kepala..biarlah aku begini daripada dia cemuh aku..maka jadilah aku orang yang Rendah Diri..rendah diri yang positif atau sebaliknya???

'Time' cikgu lain mengajar..aku bising jugak tapi bila dia..entah aku tak boleh..
 
 Dalam situasi macam nie..jangan pulak kita cemuh diorang..biarkan dan biarkan..manalah tahu ada keberkatan kannn..

So,jangan jadi pelajar yang kurang ajar..walaupun kadang-kadang guru yang kurang ajar ngan kita..maki hamun kita..mencemuh kita..doakan aku agar mulut aku nie terus tertutup masa die mengajar..kalau terbukak..aku takut kata-kata kesat yang aku balas..

Thursday, March 17, 2011

Babi Laut

Wahh!chalet tepi pantai..sekolah mana nie 'class' benorr..sekolah yang menyaksikan kekalahan pertandingan nasyid sekolah aku tahun lepas..padan muka ko..wakakaka

Pagi..
Suasana sepi..hanya kedengaran suara daripada kotak television..mana bebudak lain???
'Diorang tunggu bas kat depan sana..yang selebihnya tidolah apa lagi,'sahut sorang teman..
Ohh,nak pergi sokong kumpulan bola jaring sekolah kat padang yang agak jauh dari lokasi penginapan.

'no 'u' turn for baabi'

Suasana kembali tenang..
Kabus pagi masih menyelubungi persekitaran..
'Arrgh!'..aku mendengar jeritan demi jeritan yang bersahutan..bukan sorang tapi ramai..dan bukan ayam yang berkokok di pagi hari..jeritan tersebut diikuti dengan bunyi larian beramai-ramai menuju ke arah chalet..

Aku termanggu seketika..nak kata larian amal..aish,tak de..

Jeritan tersebut semakin hampir..kaki aku terketar-ketar..apa nie..

Arrg!!baaabi.....baabi..

Aku bukak pintu..sekor demi sekor melompat masuk dalam rumah..tanpa sempat melangkah anak tangga..bukan babi yang melompat tapi kawan-kawan aku..

'Babi..babi..',ucap sorang teman..

Cerita teman..dengan termengah-mengah..

Kitaorang tunggu bas tadi sambil main-main bola..dalam gelak ketawa tetiba kitaorang dengar bunyi bas datang..apalagi kitaorang bangun dan berjalan dengan bergayanya kearah bunyi tuu(kononnya bas tuu kitaorang punya) walaupun bayang bas masih tak nampak..tapi bunyi mengiakannya..

Tetiba..bukan bas yang muncul tapi babi  gemok dengan jayanya berlari menuju kearah kitaorang..macam pertandingan larian amal tuu..siap dengan bunyi lagi kononnya dialah juara..bodoh giler babi tuu..dengan muncungnya juga 'siongnya' yang menyilau di bawah pancaran bayu pagi..babi tuu berlari kearah kitaorang..

Apalagi menjeritlah sorang-sorang..macam histeria..ada yang melompat kerusi,yang bawak bola dengan bolanya..berlari semua masuk dalam pagar chalet perempuan yang berpagarkan zink merah..rupa-rupanya ada yang tertinggal..

'aku sorang lagi..aku sorang lagi..'nasib baik suara die macam mikrofon..

Tulah sampai kat chalet nie..kitaorang melompat macam babi tuu..

cerita tamat..
'anak baranak babi laut..huahuahua'
'mana babi tuu???'

Budak lelaki kata babi tuu dah buat pusingan 'U' sebelum siongnya menyentuh pagar..ketawa kitaorang berderai.Aku terfikir macamane babi kat sini pandai 'U' turn yea..

''Dasar babi laut''.......

Jom Merokok !

Macam-macam kempen 'Tak Nak Merokok' dijalankan..tapi 'tak nak' berkesan pun kempen tuu.Makin banyak orang hisap rokok adalah..Hari nie aku nak berkempen pulak 'Nak Tak Merokok'..

'jangan hisap rokok..jangan'

Sebenarnya kempen 'nak tak merokok' dah lama dijalankan di sekolah.Penganjurnya adalah cikgu-cikgu yang aku hormati..Kitaorang hormati cikgu tapi mengapa cikgu tak menghormati kami..cikgu buat larangan atas pelajar akan dikenakan tindakan jika terbukti menghisap rokok tapi cikgu sendiri yang hisap rokok..Kami dah buktikan..Tak tahan ke..lau nak sedut asap rokok tuu buatlah diluar sekolah..

Sekolah
Hari Sabtu tika ku kebosanan tahap gaban..walaupun hari nie hari cuti tapi sekolah tetap dibuka kerana kejohanan sukan dijalankan.Aku dan michek jalan-jalan belakang bangunan sekolah..tengok-tengok manalah tahu jumpa bidadara ke kat belakang sana..tetiba michek dengan muka berbintiknya sekat perjalanan aku..

'cikgu beb..blah ahh'

'Apasal,biarlah die kat situ'

'Bongok ahh  mung nie..cikgu tengah isap rokok tuu..dokkan mung nak wak muka selamba je lalu depan die..'

Biar betul..aku melihat dibalik tiang..asap keluar berkepul-kepul..memang sah..cikgu aku pulak tuu.

Geleng-geleng..
Mulut aku rasa ringan jea nak keluarkan peribahasa 'cikgu kencing berdiri,murid kencing berlari'..budak-budak lebih 'advance' daripada cikgu..merokok belakang bangunan??? Kan udah ketahuan..tengok budak-budak..mana ada belakang bangunan.Atas syilinglah cikgu..atas bangunan..

Tak pasal-pasal program kat dewan aku ponteng..aku takut jumpa ngan cikgu tuu..bukan takut atas apa aku lihat..tapi takut aku  akan kutuk-kutuk cikgu.Aku masih 'respect' korang semua walaupun korang tak 'respect' kami..

Apa yang terjadi tahun lepas..
Budak Form 5 digantung sekolah gara-gara kes merokok..dahlah masa tuu sebulan lagi diorang nak exam..bukankah rokok menenangkan..stress + tension ..bukan aku kata tapi cikgu yang buktikan..

So,kepada cikgu-cikgu yang dah tak tahan tunggu saat isap rokok tuu..sabarlah sikit..panjatlah syiling join kitaorang..jangan buat kat belakang bangunan tapi atas bangunan untuk menjamin 'kerespectan' kami kepada kalian..wakakaka

~jangan cari penyakit dengan menghisap rokok ~
'hisaplah rokok untuk mencari penyakit..ehh,apa aku cakap nie..'

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...