Pages

Sunday, August 26, 2012

Budak Baik

'Budak baik'..hahaha94.

Aku selalu cakap macam tuu kat diri sendiri masa aku form 5..sebagai motivasi untuk diri sendiri..why??

'ea..tak semestinya yang nakal tuu x baik..'

Time aku form 4..bila aku buat masalah disiplin..selalu aku cakap kat diri sendiri 'aku kan kurang ajar,semua orang tahu'..tambah-tambah pulak cikgu asyik cakap cam tuu..rupa-rupanya ayat tuu lagi menjahanamkan diri aku.

Bila aku buat salah aku rasa tak bersalah..'aku kan kurang ajar'..

Please..jangan buat masalah lagi.Kadang-kadang rindu jugak nak buat salah..hohoho..setakat mana aku boleh bertahan..'cabar diri sendiri'.

~Budak baik..sampai mati..'ye la tuu..hahaha94..~

Jangan Dikutuk Perut Yang Boroi

Suatu hari di bulan syawal..ohh lupa,Selamat Menyambut Hari Raya semua..raikan dengan riang raya bak kata Ustaz Don 'hulurkan duit raya untuk menunjukkan kita nie sedang gembira'.Aku tak hulur la cuma tadahkan tangan minta duit raya..ciss perasan budakk.

' i'm sorry..i never meant to hurt you..'

K..sambung balik.Suatu hari di bulan penuh riang gembira,ayah berkata 'gemuk tak ayah?',ayah pekena soalan bonus kat aku."Tak gemuk..tapi boroi",aku menjawab kononnya nak buat lawak tapi tak tahulah bagi ayah tu lawak ke tak.

Aku ketawa..Mak yang ketika itu ada kat situ turut ketawa riang gembira.

"Aduhh",aku mengaduh penuh syahdu..ciss syahdu konon.Aku mengaduh kesakitan disebabkan bibir aku pecah...bila ketawa..sakit doo.

'Padan muka',ujar ayah lagak tak puas hati dengan jawapan aku tadi.Aku terfikir-fikir..ayah terasa ke??

'maafkan aku..boleh..boleh blahh..'

Malam..usai solat isyak di surau..ohh aku perasan alim lagi..alim-alim arnab.Aku pulang ke rumah..aku duduk di ruang tamu,ayah ada jugak..mak pun.

Aku tersengih-sengih..nak minta maaf sebenarnya..ha3.Aku tarik tangan ayah."minta maaf",ujarku penuh ayu.Ayu??..uwekk nak muntah aku..penuh sopan.Sopan??..lantaklah.

'Kenapa?',ayah bertanya."ea..sebab cakap ayah..'boroi"',balasku.Ketawa mak berderai lagi..

~moral of the story..senangnya nak buat silap tapi nak minta maaf tuu..aduhai susah jugak kalau tak de tekad dalam hati.'Boroiii'..hahaha~ 


Friday, August 24, 2012

Biasanya tahun 'exam',sekolah menganjurkan solat hajat pagi-pagi.Macam tuu gak sekolah aku dulu.Haa..aku ada satu cerita.Nie punya cerita dahulu kala jugak tapi kalau fikir-fikir balik ada sesuatu yang boleh diperdebatkan..cetttt..aku merapu lagi..'apa nak debat-debat.Ingat nie parlimen ke?'..k,lupakan.

'iklas bukan kita yang ukur..Allah jualah yang mengukurnya..'

Ustaz aku pernah tanya..'siapa kat sini ikhlas solat berjemaah tadi?'..tak de yang mengaku..'siapa yang tak ikhlas pun solat berjemaah tadi?',ustaz bertanya lagi..pun tak de yang mengaku..ustaz tersengihh..'sebenarnya kita sendiri pun tak tahu amalan kita tuu kita buat ikhlas ke takk..tak dapat kita nak ukur..moga ikhlas..'wa ilallahi turja'ul umur'..

Satu hari di pagi buta..tak buta pun.Sunat Dhuha dah boleh buat.

'Jom arr,cikgu dah tunggu kat surau,nak buat solat hajat sama-sama',ujar aku kat sorang teman.Berlagak alimlah pulak aku nie..ciss..alim-alim kucing.

'Malas la..hati nie tak ikhlas,kalau buat..tak ikhlas,apa dapat..lebih baik aku tak solat.Kau nak pergi,pergilah..',aku pergi..berjalan ke arah surau.

**********************

'Hati tak ikhlas,lebih baik aku tak solat',ahh..kata-kata tuu terngiang-ngiang kat telinga aku.Aku pun buat sifir..'tak ikhlas,tak solat'..'tak solat kerana kononnya diri tak ikhlas'..ishh..salah sifir tuu.Aku berkira-kira...

Kalau nak tunggu diri nie ikhlas,then baru nak solat..mesti ramai yang tak solat..dengan aku sekali tak solat..solat lima waktu pun.Alasan..aku kan tak ikhlas..ciss sekali lagi.

Kalau nak tunggu hati nie ikhlas baru nak solat..penuhlah neraka jawabnya.Bab solat nie,yang lima waktu tuu lebih-lebih lagi..bukan tunggu hati kita ikhlas baru nak solat..yang wajib tetap wajib..samalah cam kes tutup aurat.Allah dah perintahkan pada kita..tutup aurat..maka tutuplah walaupun tak ikhlas atau dengan kata  lain 'terpaksa' kerana dengan terpaksa itu lah akhirnya kita akan belajar untuk 'rela'.

'rotanlah anak kerana kasihkan mereka..moga jadi manusia'

Masa kecik-kecik dulu pun,ayah aku paksa..solat..kalau tak rotanlah jawabnya lau dah berumur 10 tahun..aku pun buat kerana terpaksa.Tapi sekarang 'aku rela'..ya,rela ikut perintah Allah..aku hamba.Oleh itu wujudlah perkataan 'paksa rela'.Mula-mula terpaksa,lama-lama dah rela.

So,sahabat-sahabat..paksalah diri untuk rajin..rajin solat.Solatlah hajat,minta diperbetulkan hati..niat kita.Biarlah terasa hati ini tak ikhlas..doalah..'Ya Allah,ikhlaskan hatiku,perbetulkanlah niatku'.

~Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku,moga sentiasa berada dalam landasan yang kau redhai~

Madrasah Ramadhan

Ramadhan dah pergi meninggalkan kita tapi pernahkah kita terfikir apa hasil yang kita dapat dari madrasah ramadhan tuu.

Perangai kita camana sekarang?..wallahu'alam.Aku pun tak berani nak nilai camana aku sekarang.Aku pernah terfikir..'nie ke hasil tarbiyah di bulan Ramadhan yang aku peroleh atau aku sengaja buat baik kononnya nak orang tengok inilah hasil tarbiyah yang aku peroleh'.

'jom sambung puasa 6 hari di bulan Syawal'

Korang semua..renung2kan apa hasil tarbiyah yang kita peroleh sepanjang madrasah ramadhan.Mungkinkah ramadhan akan kita lalui lagi..atau itu adalah yang ramadhan yang terakhir.

~Ya Allah,awasilah aku..peliharalah aku.~

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...