Pages

Monday, November 29, 2010

Khamis terakhir di sekolah 2010

Angin sepoi-sepoi dok reti bahasa,terasa macam nak blah je dari sekolah pepagi buta.Terasa deritalah pulak jadi budak asrama penoh nie.Pagi nie tidak seperti hari-hari sebelumnya sebab cikgu-cikgu pakat buat majlis kat surau.Sebagai budak yang dengar kata,aku join sekali majlis tuu.Layan je bai,sesekali mataku 'tup tap' 'tup tap'tahan mengantuk.

'Ahh',mulutku menguap menandakan waktu tido dah tiba.


Tanpa bagi isyarat 'warning' kemende aku terlene dibuai mimpi dek kerana pengetua dah 'start' berbicara.Aku pun beralih ke alam maya.'Out of da blue' aku terserempak dengan kawan aku kat dalam mimpi.

'Eh,kau pun ada kat sini.Tak nak dengar ke ayahanda kau bercakap.

'Eaeleh,dia pun dua kali lima gak,agak-agak ahh tanya soklan.Kan ada yang terbarai mulut kan sini kang.Bla bla bla..

Sedar tak sedar majlis dah bersurai.Masa tuu jugak tetiba mata aku terbukak secara 'automatic'.Sebelum keluar pintu surau,bebudak 'shake hand' diorang dulu .Makk ooi,ramainya.Terpikiq jugak camane nak keluar cepat sikit ea.Kalau cam nie nampak gayanya berjanggutlah aku menunggu.Tanpa fikir memanjang terus aku ambik keputusan nak blah cam gitu je.Niat aku nie sikit lagi nak langsai.Teeeeete...teeeeete dalam proses.Terasa tanganku disentak dari tepi.

'Adoooi,cikgu kaunselor..Mak tolong aku',hatiku separuh berbicara.

'Nak pergi mana tuu,salamlah dulu',ujarnye.

Aku tersengih-sengih padahal hati aku rasa cam cilake.Maka bersalamlah aku dengan bersopan santun,kalau ambik ujian nak kahwin gerenti aku lulus..boleh buat menantu masa tuu jugak aku rasa..keh..keh..keh

Time aku nak salam dengan sorang cikgu nie,aku rasa laen macam je..aku hulur tangan, aku pikiq die tarik..tangan die langsung tak bergerak,statik cam tunggul kayu.Muka die pun aku tengok macam sengal je..langsung tak ada 'respon'..time tu jugak semua cikgu kat situ pandang kat kitaorang berdua..macam babak dalam drama yang penuh dengan adegan 'suspen'.

Muka aku dah merah padam  apatah lagi orang yang buat aku cam gitu adalah Pk Hem sekolah.Tak berhati perut langsung ,sanggup die malukan aku depan cikgu-cikgu laen.Aku terus berlalu pergi tanpa sempat aku bersalam dengan sume cikgu kat situ.Jantung aku cam nak tercabut je.
'Aku tutup telinga je,tak dapat tutup mata tengok muka die cam singa.'

Aku rasa macam orang bahalul je..kalau aku nie budak kecik,dah lama aku menangis.Bila pikiq-pikiq balik,takkan die nak balas dendam pasal aku tendang kerusi depan die kot.Bende tu aku rasa dah lame 'sentle'.Nie mesti ada masalah ngan 'batch' kitaorang yang tak berape nak ngam ngan die nie.

Kalau ye pun janganlah malukan aku depan cikgu-cikgu laen..waaa..waaa

Friday, November 26, 2010

Siapa Yang Kena

Dalam ayat suci Al-Quran,Allah berfirman yang mana mafhumnya "fitnah itu lebih teruk daripada membunuh".Bermulalah al-kisah tentang fitnah.

Siapa yang kena?

Akulah,mangsa kepada seorang pemangsa.

Suatu hari pada tahun 2010.Budak satu dorm ngan aku,satu form ngan aku,satu Malaysia ada jugak..hehehe..datang kat aku.

"wei,mung kasi tahu ke kat MPP(pengawas)pasal handphone aku hah!Kau tahu tak "handphone" aku tu dah kena rampas",tuduh die dengan muka bebal.

"Apa citer nie?Tetiba je naik angin pastu tuduh aku pulak.Aku tak kasi tahulah dan asal kau tahu,aku tak pernah kenakan orang.Kalau dah kena rampas tu pasrah je lah.Ko bawak barang terlarang.berani bawak berani tanggunglah "bro"".Aku jawab dengan nada kasar skit.Dalam hati aku dah menyumpah dah.

Budak tu terdiam 'maybe' terkejut sebab dia fikir aku tak menjawab dan terus berlalu pergi.

                                    'kalau aku son-goku dah lama aku buat cam nie '

Aku hairan macam mana boleh kena kat aku padahal dia sendiri tahu akulah yang banyak buat hal kat sekolah.Ingat dia je yang bawa benda terlarang.Dalam "locker"aku"berketul-ketul mercun yang aku "import" dari rumah.Kalau aku kasi tahu  MPP pasal "bende'dia tu,alamatnya aku sendiri pun terbabas masuk keluar bilik disiplin sebab sudah pasti warden buat "spotcheck".Bagi aku biar pecah di perut jangan pecah dimulut.

Tuduhan yang kena kat aku tu aku biarkan.Aku tak dendam,akutak simpan dalam hati pun.Biarkan,biarkan dan biarkan.Satu hari nanti biar di datang kat aku terkulat-kulat nak minta maaf.

"The lesson of the story" yang aku nak selitkan disini ialah sebagai seorang yang berakal waras,masih ada  akal yang tak longgar "screw"lagi,jangan buat fitnah sebelum siasat sendiri.

Wednesday, November 24, 2010

Procrastination


Procrastination is the thief of time or in arabic language"Takjil lissu Zzamaan".Menangguh itu adalah pencuri masa.Kenapa yea,bangsa aku nie suka sangat mencuri masa?Satu haram tak dapat,bukan kasi untung pun.Aku cakap nie bukan maen-maen,benda negatif nie dah merebak ke upacara -upacara rasmi..Yb pun sama naik..Aku ingatkan diaorang lebih"advance"dari aku,rupanya dua kali lima je.

Ok,baru-baru ini,sekolah aku (budak-budaklah)pergi kat wisma.Punyalah awal kita orang sampai,dalam dewan sunyi sepi hanya kerusi yang tersusun rapi..aku rasa cam cilaka,buang masa aku je.

Oleh kerana kesedaran aku tinggi sampai ke puncak,tersembul idea dari kepala otak aku.

"Beb,apakata kita pergi jalan-jalan dulu..mana tahu dapat ilmu baru,jom arr cari buku ke,newspaper ke.."aku cakap kat member aku.Aku tahu dia akan setuju sebab dari mimik muka die aku dah tahu die bosan giler siot.Kitaorang blah dari dewan senyap-senyap.Kalau cikgu tahu kami merayap,memang mampus aarg.Silap haraibulan kene blacklist.

Hampir satu jam kami merayap,aku "round"satu bangunan..hampeh! punyalah besar bangunan tapi satu batang hidung pun tak nampak.Kalaulah aku nie nak letak bom ke,"line clear"bro.Macam nak bunuh yb yang akan merasmikan programlah pulak..hahahaha

Aku bergegas ke dalam dewan,aku fikir perasmian dah dimulakan.Bodoh betul aku tengok,kerusi penuh tapi yb tak sampai-sampai.,yb keparat.Nie aku nak marah nie.

"Janji orang melayu",kawan aku cakap sambil geleng-geleng kepala.

Tengok!pemimpin tak nak bagi contoh baik buat masyarakat..Aku tak nafikan bukan semua yang macam nie,tapi diaorang bukan sahaja tak tepati masa bahkan masa perasmian tu ada ke patut cakap pasal politik kat  budak sekolah cam aku nie.Undilah ini,undilah ini dan ini.Ingat budak sekolah cam aku nie bodoh ke..dahlah jadikan menangguh-menangguh tu salah satu tabiat sampaikan masa program dianjak ke belakang..

Tuntasnya,korang tengoklah sendiri pemimpin camnie tak disanjung,dikutuk adalah.Aku pun dah tak larat nak layan orang yang suka bertangguh-tangguh nie.

p/s:aku nak solat,tak nak tangguh-tangguh.Moga -moga jadi amalan aku.Ameen!

Tuesday, November 23, 2010

Aku Budak Ponteng


"Asal ada ceramah je,kau hilang.Time ada program je kau lesap.Wei!..kau ke mana hah".Dengan lagak muka seposen,aku jawab"Aku ada je kat situ,kau yang tak nampak.Kenapa?Ada orang cari aku ke?Siapalah aku,hanya rakyat jelata kat sekolah nie..tapi,kalau ada orang cari aku..nie mesti masalah disiplin.

Kalau ada ceramah,memang aku ghaib.Kadang-kadang aku duk dalam kelas,baca novel,berguling-guling atas meja..Kadang-kadang dalam dorm,tido..woha!Sometime,budak-budak tak jumpa cari aku..ha3.Sedar-sedar aku ada kat atas menara tangki air kat belakang sekolah.Bukan apa,mencari ketenangan.

Dulu masa sekolah rendah,time hari guru mesti aku tak datang sekolah.Budak-budak laen pergi sambut hari guru,aku pulak pergi mandi sungai dengan member-member yang satu kepala dengan aku.Orang cakap,suatu hari nanti kita akan merindui zaman-zaman persekolahan.Oleh itu,biarlah aku mencipta sejarah hidup aku sendiri kat sekolah..woha

Naik je sekolah menengah,aku dah tak boleh nak ponteng sekolah.Duduk asrama yang penuh dengan "rule"yang kadang-kala tak masuk akal langsung.Ponteng program sekolah pun jadilah..whoa.Tapi kelas sama sekali aku tak ponteng beb,cuma kalau ada emergency kes yang buat aku terdesak untuk ponteng..huahuahua

Give Up


Ya,sebagai seorang insan kerdil,lemah berdiri atas bumi Tuhan ini,Aku pun tak terlepas daripada putus asa ini.Rasa cam everything around us menjahanamkan kita tapi satu je korang kene ingat,tuhan masih kasi kita nyawa"Life Must Go On".Nabi Ayub dulu pun mengalami macam2 dugaan tapi tak pernah putus asa meminta pertolongan Ilahi.


Dalam buku Sirah Nabi dan kisah yang mak aku citer kat aku dulu,Nabi Ayub seorang yang kaya,kaya anak,harta juga imannya sampailah satu ketika beliau diuji.Nabi Ayub jatuh miskin,sangat-sangat miskin tapi iman beliau tetap utuh.Selepas itu,beliau diuji pula dengan anaknya.Anak Nabi Ayub meninggal hingga satu pun tak tertinggal.Seterusnya,Nabi Ayub jatuh sakit sehinggalah satu hari tuu isteri Nabi Ayub pun ingin meninggalkannya.


Dulu kita hidup mewah tapi sekarang?kata isteri beliau.Nabi Ayub berkata bahawa tergamakkah kita mengeluh kepada Allah,Dia telah mengurniakan kita kemewahan berpuluh-puluh tahun sedangkan kita hanya diuji hanya beberapa tahun.


Lastly,Allah akhirnya mengembalikan semula kekayaan Nabi Ayub.Bukan seperti dahulu bahkan berlipat-lipat kali ganda.Nak tahu tak?Setiap kali Nabi Ayub diuji,beliau berkata,"Sesungguhnya kepada Allah aku kembali".Hebatkan..Tiada istilah putus asa untuk memohon pertolongan Ilahi.


Sebenarnya panjang lagi citernya sebelum ayat lastly tuu..korang baca buku sendiri lah pulak yea..

Kalau kita putus asa,Ohh..amat merugikan bcoz kemenangan menjadi milik syaitan.Dua kali lipat pulak tuu,bukan main-main beb.First,dia menang kerana menggoda kita untuk putus asa.Pastu dia menang kerana selepas berputus asa,kita akan menjadikan nafsu menunggani kita.Believe yourself,you can do it.InsyaAllah,kita boleh lawan nafsu kita.

Sunday, November 21, 2010

Manusia


Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tak boleh mencari sahabat dan yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat setelah dicari.

Barang siapa yang menolong agama Allah,maka Allah akan menolongnya.

Barang siapa yang berpegang kepada Al-Quran danAs-Sunnah,dia tidak akan sesat selama-lamanya.

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...