Pages

Saturday, October 19, 2013

Mem'babi' Buta


Suatu hari tuu..nazlan tanya aku..

'Kau rasa kotor tak kalau aku cakap menatang 'babi',soal si dia.

'Tak pun,'aku jawab tak sempat nak fikir-fikir..'memang zaman sekarang nie ramai orang buat kerja mem'babi' buta..haha'.


'saya pemandu berhemah,,hehe'

'Tu lah zaman sekarang..cakap babi-babi pun tak rasa apa-apa.Masa aku masih budak-budak dulu..bila ada orang cakap 'babi' rasa kotor giler..tapi zaman sekarang kita dibiasakan..amat..dengan benda kotor cam tuu.Kalau cakap pun tak rasa apa-apa.Kalau makan pun entahlah rasa ke tak.

Hehe,,aku sengih..mana aku taw,,pi la tanya ejen halal..haha.

Orang cina cakap,orang melayu makan babi jugak.

Apasal pulak?..banyak benda cam tu dalam 'instant food'

Ye ke?..mana aku taw,tanya laa jakim and the geng..kah3.

'Memang nak kena la kau nie'

Apasal marah aku pulak,,marah laa babi..oppst khinzir..woha.

No Shed No Cry..Just Smile

Ali Ibn Abi Talib said..'Beautiful people are not always good,but good people are always beautiful'..So,just be a good one,,you are a beatiful person..smile.:)

'wooha'

Do you have a BIG problem..no shed no cry..just say to your problem..i have Allah,,He is Bigger then anything else.''when Allah solves your problems,you have faith in his abilities,when Allah doesn't solve them,he has faith in your abilities''..He is so sweet.:)


Sakitkan Bila Kehilangan?

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku sering menjauhkan diri agar suatu hari nanti aku tidak disakiti atau menyakiti kerana sebuah kehilangan.

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku sering membuat tak tahu walau hatiku mendesak ingin tahu bagaimana keadaan mereka yang aku kasihi

'dunia ini sempit andai kau fikir kau keseorangan'

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu hatiku kering tak lut dek rasa bahagia,tak terkesan dengan manisnya ukhuwah.

Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku banyak hipokrit,zahir gembira,hati kesunyian,hidup keseorangan,,kosong...

Sakitkan bila kehilangan?

'kena kuat..bangkitlah'

Tapi..betulkah caraku dengan mengelak segala nikmat,dengan menafikan segala rasa..

Bukankah lagi sakit,,menafikan segala nikmat yang Allah berikan?

Lalu ku cuba membuka hati untuk terus menyayangi,,membuka mata untuk terus menilai,,mengukir bahagia dalam setiap kenangan,,menghargai dalam setiap kemanisan ukhuwah..kerana ku tahu betapa sakit pun kehilangan itu,,kan terubat dengan keikhlasan dan kesyukuran hanya kerana DIA,,ikhlas bertemu kerana DIA,,bersyukur dipertemukan oleh DIA,,biar pun berpisah atau kehilangan di dunia..aku tetap percaya pertemuan 'di sana' akan menjadi lebih indah...

Andai segalanya kerana DIA..
[Bertemu dan berpisah kerana Allah]

Bukan nukilan diri sendiri,,tapi luahan hati seorang teman..Moga dirinya sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah.

Sunday, June 9, 2013

Dah Jumpa !

‘Ibu,stokin adik hilang..adik nak pergi sekolah,dah lewat’,ujar seorang budak.

Aku memerhati.

‘Dah cari ke belum?’,tanya Ibu.

‘Belum.. tapi adik letak kat sini semalam’,adik menjawab.

‘Ciss,tak cari lagi dah kata hilang..huh’,aku bermonolog.

'di bawah langit Ilahi..'

’Tak diuji lagi dah kata beriman..eh’,monologku bersambung.

Ibu mencari-cari di sekitar ruang tempat kasut..tak jumpa.Ibu cari lagi tapi tetap tak jumpa.Hilang ke?

‘Ibu,dah jumpa!!’,adik menjerit.

‘Jumpa kat mana’,aku mencelah.

‘Ea..dalam kasut sekolah’,adik berkata perlahan.

‘ Tu laa..laen kali cari dulu..lau tak jumpa baru kata ‘hilang’.Boleh abang buat ‘report’ polis..awak nie..aish’,aku berlagak tak puas hati.

‘Belum dicari dah kata hilang,belum diuji dah kata beriman..’monologku berulang lagi.


Mana Satu

Teringat kisah lama..masa zaman sekolah dulu.Budak laen mengamuk..aku jugak mengamuk,budak laen kena rotan aku pun kena rotan..kat perhimpunan..tapi aku pelik sikit..aku tak tahu aku dalam golongan mana..aku budak nakal ke??

'senyum..'
     
    Sebab,lau aku rasa sunyi,aku selalu pergi lepak kat surau..esok kena marah cikgu..ponteng program,ponteng  masa study..ponteng solat jemaah tak pulak..pergi surau awal pulak,bentang sejadah segala bagai.

Kecelaruan identity..woha!!


Kita Tak Keseorangan

Rasa cam nak peluk orang..huhu

Kawan aku cakap..’dah giler ke’..aku sengih.

'smile'

Masuk bilik..’Ya Allah aku terasa ingin didakapi..Dakaplah diriku Ya Allah’.

Rasa cam keseorangan ke?..cuba cari something dalam diri kita. Kenapa kita terpilih..terpilih untuk tidak terpilih,terpilih untuk terpilih. Semua ada sebab kan..Allah tak jadikan sesuatu itu sia-sia dan ’kita tak keseorangan andai Allah bersama kita’.:)

~Kita tak keseorangan andai Allah bersama kita..~

Update and Upgrade

Apa yang aku 'post',kadang-kadang bukan aku buat masa tu tapi aku kumpul..tempat aku susah skit nak dapat 'link' internet..aku 'just typing' banyak-banyak 'and then' bila ada kesempatan aku pi cari 'link' tu dan publish kan.

'huhu..sibuknya dia'

Maaf,blog aku tak terurus..update n upgrade entah ke mana..aku perasan sibuk padahal orang yang sibuk tu laa yang sepatutnya selalu ada ruang masa dan waktu untuk buat semua benda dalam satu ketika.

Salah silap aku,korang tegur jea..ok. 

Saturday, June 8, 2013

Aku Terpaksa

Kepala naik pening,tak taw kenapa..tidur tak tentu kot..terasa bahagian muka berat,mata pedih-pedih..xpe laa,skit jah..[senyum]

         Tadi ‘iron’ baju sambil baca mathurat..[perasan bagus],ada sorang kawan datang..terasa nak tanya ‘something’..

'all is well,with Allah's will'


‘Kenapa ambil borang naQibah dulu yea?’,saje-saje bertanya..memandangkan dia seorang naQibah yang agak ‘top meletup’ jugak.

‘Kau nak jawapan ‘kentut’ ke jawapan jujur?’,ujar si dia.

‘Takkan aku nak jawapan ‘kentut’ kot..’

‘Entah la,mula-mula rasa terpaksa,orang minta ambil..kalau ikutkan aku tak nak.Rasa bersalah jugak,buat kerja secara terpaksa..bukan secara rela hati’,dari gaya dia cakap seperti ada perasaan kesal di hati.

‘Aku nampak okey jea kau urus usrah..mantap kot’,aku mencelah.

‘Mula-mula aku terpaksa,sekarang aku dah rela..’paksa rela’,dia tersengih.

Aku pun tersenyum..

~Kadang-kadang benda baik perlukan paksaan,
Akan datang pasti datang kerelaan~


Wednesday, March 27, 2013

Oii,aku kasi guna laa

24/2/2013...

Beberapa hari lepas..buat 'assignment' sampai larut malam,lebih pada tu aku rasa..sampai rasa nak mati.Lebih kurang kul 3 pagi,aku keluar bilik..tak sanggup dahh..mencari angin moga terus kuat..tuu la padam muka,buat kerja 'last minute'..nasib baik tak berseorangan.Ada kawan temankan.

Bukak pintu bilik..ada surat yang ditampal pada pintu..bersama sebatang 'mechanical pensel'.Ada nama aku lagi..besarrr.Ditulis daripada 'secret admirer,good luck for exam'..Adoiii,sejak bila pulakk ada 'secret2' nie..huh.Aku ambil terus simpan dalam 'locker'.Simpan.

Aku tak guna pun pensel tuu..jadi barang khazanah kot,entah la..rasa cam malu pulak nak guna..haha

Today..

Aku pergi bilik kawan jap..melilau.Aku terpandang sebatang pensel yang dia guna untuk menulis.'Eh,tak pernah pun aku nampak kau guna pensel nie'.

Ada orang kasi laa.Sempena 'exam'..kalau orang kasi kita sesuatu.Kita kenalah 'appreciate'..nie salah satu cara kita hargai pemberian orang..'guna'.Senyum..

'Ohh..tu ke namanya 'appreciate'..kalau kita simpan jadi khazanah????'

'Cuba fikir,kita simpan jadi khazanah..benda tuu jadi tak berguna..tak berfungsi. So,kalau aku laa,buat apa aku nak bagi 'something' kat orang pastu die tak guna,tak ke benda tuu jadi cam 'sampah'..baik aku yang guna..huhu'.


'Lau guna,lama-lama rosak 'expired date'..pastu habis cam tu jea..'

'Oiii,we use it for a good thing..right,that people who gives us that thing will got something..that it 'pahala'..pahala tuu tak kan pernah ada 'expired date' kann..kita guna untuk kebaikan,pahala dia dapat kita pun dapat..kalau kau simpan jadi khazanah..what you or that person get from it..just sedap mata memandang kononnya khazanah..camm tu ke appreciate..tu namanya mensia-siakan sesuatu'.

Senyum..

'Cam tuu jugak ngan nikmat yang Allah kasi..Appreciate.Use it for a good thing..jangan sia-siakannya.Allah tak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..so,get yours and use it..Bila orang yang kasi tuu nampak mesti dia suka..Allah lagi suka'.

Hari nie aku belajar apa itu 'appreciate'.Hargai pemberian orang..Use it for a good thing.Cam tu juga dengan pemberian Ilahi..hargai.Gunakan pemberian itu dengan sepatutnya.

Thursday, January 31, 2013

Aku Rindu

Aku rindu..haha.Apa yang kau rindu..rindu dunia penulisan.

Dah lama aku tak menaip nie..Cikgu cakap korang boleh guna sampai kul 10 malam jea..k

'Alright sir'..tengok jam..lebih kurang 10 minit jea boleh guna..tak pe laa,melawat blog sendiri pun jadi..esok daa masuk bulan februari..exam akhir bulan..banyak benda lagi tak 'prepare'..'moga jadi orang yang kuat'.

'Exam tuu bukan nak ukur prestasi tapi nak meningkatkan prestasi'..kalau tak de exam tak de nya nak belajar sampai rasa nak mati..tapi ingat tuu bukan matlamat utama..'belajar bukan semata-mata untuk exam'..ingat 'exam bukan nak ukur prestasi tapi nak tingkatkan prestasi..

Disini coretanku terhenti..'take care semua'..wassalam.

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...