Pages

Wednesday, December 29, 2010

Aff Suzuki Cup 2010 Milik Kita

'Kita Juara'

Tahniah buat skuad pasukan negara atas kesungguhan kalian..Malam nie kita macam rendah dirilah pulak kasi Indon bola.Diorang serang kita pertahan dan situasi ini terus berlanjutan hingga separuh masa kedua.

'Gol! Safee merasmikan jaringan gol yang pertama..'

'balas dendam konon'

Maen laser pun ada.Kononnya nak balas dendam padahal diorang yang mulakan dulu masa kita kalah teruk 5-1 dulu.'Khairul Fahmi' tak kata apa pun tapi si Marcus lebih-lebih pulak masa kat Stadium Bukit Jalil.Hang pikirlah sendiri.

'korang boleh balik tak?'

Aku tengok penyokong Indon tak nak blah je dari Gelora Bung Karno..bimbang pulak pasukan negara kena rembat sorang-sorang.Marah punya pasal..

'sebelum pertandingan'

Siapa yang menang? Kau ke aku..sungguh mendebarkan  dan mengasyikan sampaikan 'ubi kayu' yang mak rebus habis dirembat..Sodaap,sungguh mengujakan makan ubi cicah gula sambil tengok bola..hahaha

'gedebush..kan dah mampus'

Akhirnya harimau menelan garuda yang berlagak nak mampus..Mana penyokong Malaysia? Tak nampak pun,yang menjengah hanya penyokong pihak lawan yang ingin melihat kekalahan pasukan diorang di bumi sendiri..

Tuesday, December 28, 2010

Pantai

Telefon tetiba bersuara..Cepatku membuka 'inbox' sms.

'Persahabatan jauh lebih indah dari percintaan,cinta seumpama bermain layang-layang,andai putusberakhirlah ikatan,sahabat bagaikan pantai dengan lautan walaupun sering berhempasan tetapi kekal berdampingan.'

Sebuah kata-kata tertera..aku memandang penuh makna.Jauh aku fikir tentangnya..Tentang 'pantai'..Kenapa pantai yang ditulis.Aku termenung keseorangan..

'Subhanallah,indahnya ciptaan yang Maha Esa'

Bukankah pantai itu sudah berubah.Memang dahulu pantai dengan laut itu berdampingan tetapi sekarang sudah berbeza..Pantai sudah ditambak..batu-batu besar kini menghiasi pantai kononnya pantai semakin terhakis dek lautan yang semakin bergelora.Akhirnya pantai dan lautan terpisah dek kerana orang ketiga iaitu batu.

Maka tersebutlah alkisah tentang pantai..

Suatu ketika dahulu,suasana di pantai amat nyaman.Pantai dan lautan amat menyayangi antara satu sama lain.Semua orang sangat menghormati mereka.Mereka mendamaikan,menenangkan malah apabila orang memandangnya dengan bertasbih memuji kebesaran Allah dengan ciptaannya,mereka beroleh pahala.Ombak menjadi perhiasan pantai.Kanak-kanak riang bermain di gigi pantai(pantai ada gigi ke?).

Tetapi ada dikalangan manusia itu yang menyalahgunakan kewujudan mereka.Mereka membuat Onar di pantai.Maksiat pun berlaku....jeng3.

'jeng3..maka imaginasi pun bermula'

'Ahh,lautan juga bercinta dengan pantai.Apakah salah aku bercinta dengan kekasih pujaanku',ucap seorang manusia berlandaskan kedengkian mereka melihat ketulusan cinta yang diberikan oleh lautan kepada pantai.

Lautan amat marah mendengar kata-kata si pria itu tetapi lautan tetap bersabar.

'Alangkah baiknya jikalau mereka mengetahui bahawa cintaku terhadap pantai bukan berlandaskan hawa nafsu semata-mata tetapi cinta kami bermula dengan satu ikatan..perkahwinan',ujar pantai.

Hari berganti hari,pantai semakin kecewa melihat tindak tanduk mereka.Maksiat semakin berleluasa,di mana penguatkuasa,di mana hal ehwal agama,kenapa dibiarkan sedemikian rupa.Arg..akhirnya marah lautan bermaharajalela,tsunami terjadi sekelip mata,menenggelamkan mereka yang lupa..lupa terhadap agama..

'carilah hikmah di sebalik kejadian'

Kini,lautan di isytiharkan tidak stabil.Laut bergelora tidak tentu masa..Lautan semakin kecewa kerana pantai ditambak sesuka hati oleh penguatkuasa..Akhirnya lautan dan pantai terpisah dek kerana orang ketiga..

p/s:Kepada pengirim sms..terima kasih kerana membuatkan aku terfikir tentang pantai..

Monday, December 27, 2010

Aku The Killer

Apa aku dah buat nie.Aku dah bunuh die.Kasihan!Hidup tak lama,ajal kat tangan orang pulak tuu tapi aku tak bakar die macam orang buat kat Sosilawati.

Memang kitaorang yang buat kerja tu ramai-ramai tapi bab bunuh membunuh tu kerja aku.Mula-mula mangsa dipitamkan guna 'chloroform'.Kerja nie tak lah sampai bab rogol-merogol.

Aku siat kulit die,gunting dari atas 'straight' ke bawah dalam satu 'line'.Ohh ada dua lapisan..nie baru baju..hahaha.Aku gunting satu lapisan lagi,maka terserlah organ-organ ciptaan tuhan.

Fuyoo!Apa tuu..aku cucuk paru-paru sebelah kiri tapi masih hidup,sebelah kanan je yang berfungsi.Setelah aku puas,aku kasi orang lain merasa pulak..kenalah 'share',jarang dapat yang macam nie.Suka hati dioranglah nak buat apa..tuu die punya citer..tapi dalam hati tak puas hati sebab kena 'share' nasib baek aku yang rasmi..whoa

p/s:nie adalah kisah pembunuhan katak beramai-ramai dalam makmal biologi.Jangan fikir yang bukan-bukan sudah.

'Ingat die boleh lari,motor aku lagi power de'

'nak surprise kat aku konon'

'Lawak Kinggg'

'eh..macam katak..huahuahua'

Aff Suzuki Cup 2010


'main-main jugak tapi ingat solat jangan lupa'

Tahniah buat pasukan negara..whoa..3-0 beb buat rumah aku bergegar dengan sorakan budak laki-laki.Psss..ayah pun sama naik.Nasib baik mak tak balik lagi dari perak..Kasi gempak!

'terbaek punya'

'kemas bai'

'ko tak de pun boleh jalanlah'

Kenapa mengkritik tidak menyokong?Sebaik sahaja 'Meri' masuk terus abang aku kata..'Hah! sekgi yea main sekor tuu.Dohlah main bolok,gelecek dok pandai.baham orang sokmo'..uish,macam 'coach'lah pulak die nie.Tengok tuu anak pak cik Talaha,power giler yea gelecek,kalu yea tak dok menganga je si Safee tuu tunggu bola.Bijak ahh awak-awak Malaysia main..Aku tabik..

'semua tentang bola'

Khairul Fahmi,thumbs up bro..tangkapan cukup kemas beri tekanan Indon.'Camne nie puas aku rembak,dok masuk-masuk sedap pulak yea tangkap selambe jea',munkin itulah kata-kata daripada Gongzales dan Arief..hahaha.Nasib baik Bambang masuk lambat,kalu dok terbambang kita dengan rembatan die.Fahmi ko boleh jadi contoh terbaek punye,sujud syukur atas kemenangan.

'aku kecewa'

Bangga aku ngan pemain pertahanan.Koranglah kekuatan pasukan,teruskan dan terus maju..Kami sokong dari belakang,ea kritik ada jugak..

'pertahanan'
Bangang betullah,apa yang tak kena ngan penonton.Duduk diam sudah lee,kasi laser pulak..nak main tuu biarlah elok-elok.Aku takut kita pulak yang kena kat Indon nanti.Agaknya apa yangg terjadi esok yea..Aku agak buruh-buruh indon tak datang kerja lah.Buat mogok.Orang gaji pulak tak nak buat sarapan pagi besok..hahaaha





Sunday, December 26, 2010

Haah

Kucing atau kuching..tapi sebutan die sama je kan.Ahh tak payah nak gaduh pasal kucinglah.Karangan tentang kucing yang adik aku bela..

          From:Salam
          To:cikgu Salam

     Salam ada seekor kucing.Kucing Salam baham ikan sokmo,katanye ikan banyak protein..Suatu hari kucing itu mengandung.Salam pening tengok kucing itu besar perutnya.Kak yah kata kalu mengandung,kena kahwin dulu.Wakpe ye dok kahwin pun??

'Jaiz kata kucing tuu kahwin ngan kucing tina yea',man royak.

Pelik ngat,wakpe ye kahwin ngan kucing tinanya..

Cukup 9bulan 10hari yea beranak..4ekor anak yea..Hari berganti hari,hinggalah hidup kucing itu menjadi seminggu tapi setiap minggu anak kucing mampus seekor.Akhirnya sudah tiga minggu berlalu.Anak kucing cuma tinggal seekor.Tiga-tiga ekor kena langgar di kereta..Kak yah langgar sekor,ayah langgar sekor,sekor lagi kena langgar lari.

Cikgu,berapa hari lagi kucing sekor lagi boleh hidup?

    

Saturday, December 25, 2010

Avail

Assalamualaikum..sekali lagi kita berjumpa.Entry ini merupakan rentetan entry sebelumnya.Aku ingatkan nak tulis tajuk 'lelaki dan tuala wanita'..tapi ada masalah skit ngan tajuk tuu..
'ini dia'
korang jangan rentap kononnya gagah kalau nak buka..kat situ ada tulis 'open'

Ok..tuala wanita yang aku sarankan ialah tuala wanita keluaran 'avail'..

Apa kebaikannya?

Sebagaimana yang kita tahu,tuala wanita biasa mendatangkan kesan sampingan.Tuala wanita 'avail' insyaAllah dapat menyelesaikan masalah wanita.Ini ikhtiar kita,seterusnya kepada Allah kita berdoa.'Benda' keluaran Avail ini mengandungi 17 herba yang boleh merawat penyakit wanita dan lain-lain.
'x caya?'
Lain-lain?

Tu yang aku nak cakap..bukan untuk wanita sahaja lelaki pun boleh.Ia merawat penyakit Buasir,kencing manis,selsema,kudis..bengkak akibat hantukan.

Budak lelaki main bola kan..ha!takkan korang tak pernah bengkak kaki ke,terseliuh ke,terhantuk ke..masa nie lah korang dapat guna benda nie.Ia juga dapat merawat penyakit dalaman wanita seperti senggugut,sakit sendi dan banyak lagi.

Camne nak guna?
'Tampal'
Senang je..just renjiskan air sikit kat bahagian kapas dan tampalkan kat bahagian yang korang nak tampal..Kenapa kita renjiskan sedikit air?ooo..untuk menaikkan lagi kesan herba tuu..sambil tuu selawatlah banyak-banyak.Satu lagi,harap korang jangan tampal terbalik sudah..

Aku cuma nak tolong orang yang dalam kesusahan.Bahaya sangat tuala wanita zaman sekarang..kononnya nak pantas,ekspress sampai tak dapat nak nilai baik buruknya.Kalau boleh InsyaAllah aku akan jadi pengedar barang nie..

                                          
~Islam Is the Way of Life~

Tuala Wanita

Tuala wanita?kenapa wanita je..lelaki pakai jugakkan..hahaha

Ok,entry kali nie bukan wanita je boleh baca..semua boleh baca kalau nak bawak bincang pun boleh..Apa aku nak citer pasal tuala wanita nie yea?

Untuk pengetahuan semua,tuala wanita merupakan salah satu faktor munculnya barah yang membunuh golongan wanita pada hari ini.Tuala wanita memberi impak negatif atau lebih aku 'detail'kan lagi penyakit yang menyerang wanita pada hari ini berpunca daripada modes.
'surat khabar lama'
'ini juga'
Pernah lihat tak kertas-kertas untuk dikitar semula kat tempat kitar semula.Kertas-kertas sebegini bukan diproses dengan segera tetapi dibiarkan dahulu di tempat loggokan kertas dan disitu jugalah tikus-tikus membiak.Selepas itu kertas tersebut akan dinyahkan dakwat-dakwatnya sebagai contoh kertas surat khabar.Bagaimana?

Dengan menggunakan 'clorine' ataupun cloroks yang digunakan sebagai peluntur baju.Bukan sekejap bahkan rendaman yang cukup lama untuk menghilangkan kesan dakwat tersebut.Cuba korang rendamkan tangan korang dalam peluntur baju.Tengok lama mana korang boleh tahan..Kawan aku pernah cuba,kononnya nak putihkan tangan die.Terlalu bijak sampai tak fikir dahulu ia amat merbahaya kepada kulit kita.akhirnya tangan dia rosak (macam mesinlah pulak rosak-rosak nie)maksud aku kulit dia.
Berbalik semula kepada kertas tadi.Selepas dilunturkan dakwatnya,kertas ini akan diproses untuk menghasilkan suatu produk baru diantaranya tuala wanita.Cuba bayangkan apa akan terjadi apabila digunakan..Jangan bayang lebih-lebih sudah..
'Fibroid kot'
Itulah yang aku kata ia mendatangkan kepada kita penyakit-penyakit kronik yang saban hari membunuh golongan wanita.Kanser Ovari,Rahim,Cerviks,Fibroid juga termasuklah barah payudara berpunca daripada tuala tadi.Ohh,lupa aku nak beritahu, segelintir Doktor Sakit Puan yang merawat pesakit seperti ini tidak menyedari mereka juga menghidapi penyakit ini.Tidakkah mereka sedari bahawa mereka juga adalah  golongan wanita.
'Kanser pangkal rahim'
Mengikut statistik yang dikeluarkan,setiap wanita secara amnya menggunakan 15,000 tuala wanita sepanjang hidupnya.Secara logiknya setiap wanita terdedah kepada penyakit kronik sebanyak 15,000 kali.Dan adakah korang semua sanggup pajak gadaikan nyawa korang atau orang disekeliling korang kepada penyakit ini.
'Mereka terancam'
Satu lagi,ada juga tuala wanita diperbuat daripada habuk kayu yang diproses dengan bahan kimia sehingga menjadi putih.Patutlah orang sekarang banyak penyakit..Orang dulu mana ada penyakit macam nie sebab mereka tak pakai 'pampers' macam orang moden.Mereka pakai tuala atau lampin sahaja.

Tunggu entry aku akan datang untuk mengetahui tuala wanita yang 'kau' punya.Tidak memberikan kesan buruk malah membaikpulihkan organ kita..lelaki pun boleh menggunakannya.

Monday, December 20, 2010

Aargggg

Aku cuba 'insyaAllah'
Aku seakan-akan lemah tak berdaya,tubuhku tak dapat melawan.Mataku hanya dapat melihat di sekelilingku.Aku tak berdaya.Sungguh aku tak berdaya melawan serangannya yang datang bertubi-tubi tanpa diundang datang bagaikan musuh dalam selimut.Perasaanku bercelaru,ragu-ragu dan macam-macam lagi..Hatiku menjerit..aku nak keluar dari sini,dari kecelaruan ini.

Aku terdiam seribu bahasa,tak tahu apa nak dilakukan sambil tanganku melakar sesuatu..'You're Nothing,Useless''..Musuhku ini adalah diri aku sendiri..Aku bosan,malas,ragu-ragu..arrgggg.Aku bagaikan terperangkap dalam satu fantasi.Otakku ligat berfikir sekadar menghilangkan kecelaruan ini..Sekurang-kurangnya aku tak buat perkara terkutuk.

Aku mencari motivasi untuk memotivasikan diri aku yang tak bermotivasi ini..Tapi kenapa motivasi yang aku cari hilang di saat aku memerlukannya.Arggg

Hari Ini dalam lipatan memori..

Aku tarik nafas dalam-dalam,melalui hari yang buat aku tak boleh duk diam..pagi tadi Tok Nick ajak pegi rumah die,makan-makan meraikan pengantin baru yakni abang aku.Makanan sedap weii rugi ahh tak pegi..

Sebelum pulang rumah si kecil bertanya pada ayah..

'Ayah,Tok Nick sape?'ujar si kecil ingin tahu.

'Tok Nick tuu adik beradik mak ayah,ayah saudara ayah dan tok sedara adik',ayah berkata satu persatu.

'Doh Tok Nik tua doh lah..',otak si kecil berfikir dan terus berfikir.

Ayah mengangguk mengiakan kata-katanya.

'Wakpe Tok Nik dok mati-mati pun,yea tua doh kan',si kecil menyambung kata-katanya yang tergantung tadi..membuatkan kami ketawa.

Kami pergi ke rumah adik kepada mak aku pulak.Bila sampai kat rumah die,ayat pertama aku boleh sebut adalah 'Kasihan'....

Ya,kasihan melihat seorang ibu kepada sembilan orang anak terlantar sakit di atas katil sedangkan anak-anak die tak layan pun kecuali seorang..lebih kurang macam tuu lah ayat yang boleh aku ungkapkan.Mana yang laen???Aku pun tak tahu...sibuk sangat ke menjalani kehidupan seharian sehingga tak dapat nak jaga ibu seorang.Benarlah kata-kata 'seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi seorang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Dalam al-Quran ada menyebut bahawa kita tak boleh menderhaka pada orang tua walau mengeluh sekali pun..tapi budak sekarang mak suruh pegi tolong kejap pun susah,sibuk sangat layan facebook,chat ngan kawan je lebih.Hebat sangat ke kamu?Dengan mak bapak pun macam nie..Apa yang aku nak sampaikan kat sini,jagalah hubungan kita dengan Allah seterusnya jagalah hubungan kita dengan ibubapa.Hebat sangat ke kawan yang kanu layan tuu.Cuba mengendap sikit perangai diorang,boleh bawak korang masuk syurga ke,neraka ke,tergantung ke???

Tak lama lepas tu,kami balik rumah..

Petang..Aku ikut kakak aku pegi ambik barang die kat mana entah..Novel die tak abis baca lagi..esok balik NS membuatkan die jadi terkejar-kejar bawak kereta..masa nielah aku tengok seorang perempuan yang panik memandu kereta,apa tak nyea Novel punya pasal die langgar sekor kucing lalu menggelupur di tengah jalan..MAcam adegan orang langgar lari kereta terus meluncur diatas jalanraya.

Cuaca agak mendung sesekali membawa hujan renyai-renyai.Balik jea jalan-jalan,aku ambik video abang-abang aku main futsal dalam rumah..Mentang-mentanglah padang basah buat sukaneka dalam rumah pulak..nie mesti pengaruh Malaysia menang lawan Vietnam..
Malam membuka tirai..Ayah buat Usrah keluarga yang dah lama tak buat..yang kene 'attack'mesti abang aku yang sorang nie dan diikuti dengan aku..Apa pulak tetiba je pengantin baru sindir aku..'tu budak blurr buat muka blurr'..

Ayah cakap ikut syariat Islam,kita kena jaga diri kita  nie..muhasabah diri.Jadilah orang yang lembut hati..kadang-kala kita perlu menangis kerana takut akan azab Allah..Ingat dunia nie hanya tempat persinggahan sahaja,cari bekalan didunia ini dahulu kerana selepas ini kita akan berjalan lagi ke tempat laen..

Ok..disini dahulu coretan seorang musafir didunia ini..

Saturday, December 18, 2010

Cantiknya Alam Ini


Aku memandang ke langit melihat keindahan alam ciptaan tuhan.Alangkah indahnya hidup ini andai kata dunia ini dihiasi dengan roh Islam.Semakin hari aku semakin bimbang melihat gelagat teman-temanku,saudara-saudara Islamku dan bangsa aku sendiri,Bangsa Melayu.Di mana letaknya maruah mereka sebagai orang muslim.Agama mereka tinggalkan bahkan mahkota diri mereka gadaikan.Pelacur,gigolo,bohsia dan macam-macam lagi merata-rata,alangkah murahnya mereka.Tidakkah mereka takut akan ancaman Allah di hari akhirat kelak.Nauzubillah..

Allahuakbar!Cantiknya alam ini.Masyarakat hari ini,bila sahaja menyebut alam terus mereka ucap Alam Semulajadi.Kenapa lidah kita senang sahaja meluncurkan ayat-ayat seperti ini.Lupakah mereka alam ini tidak terjadi dengan sendirinya tetapi Allah yang menjadikannya,Allah Maha Kuasa tiada yang setanding-Nya.Biar aku tegaskan sekali lagi,bukan semula-jadi tetapi ciptaan Ilahi.

Tetiba datang sekumpulan burung terbang menghiasi langit ini.Aku teringat akan kisah pada zaman kelahiran Nabi terakhir diutuskan,kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun gajah.Peristiwa ini dirakamkan di dalam al-Quran pada surah al-Fil.Pasukan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah,Gabenor Yaman yang hendak menghancurkan ka'bah.Sebelum masuk ke kota Mekah,pasukan tersebut diserang burung-burung yang melemparinya dengan batu-batu kecil dari tanah liat yang dibakar sehinggalah mereka musnah.Allah Maha Berkuasa melakukan tiap-tiap sesuatu.

Ingatkah lagi kalian pada agama.Agama Islam yang kita anuti.Aku berfikir sejenak,kenapa masyarakat kita terlalu menjunjung budaya Barat bukan budaya dari Timur Tengah?Ahh,barang kali kita sememangnya dididik sedemikian rupa.Satu lagi persoalan timbul dibenakku..'Adakah negara ini seperti yang diuar-uarkan merupakan  negara Islam atau negara yang didiami oleh orang Islam?'

Fikir-fikirkanlah...

Monday, December 13, 2010

aku rindu zaman kanak-kanak


Aku rindu zaman kanak-kanak.Jadi budak nakal bila main dengan kawan-kawan,pergi ceroboh kebun orang semata-mata kerana permainan 'polis entry' juga dikenali dengan panggilan 'polis dan pencuri'.Kalau main tuu,'area' yang ditetapkan adalah seluruh dunia..hahaha padahal tak sampai pun setengah kilometer.Ada sekali tu,aku pergi teman abang mengail ikan atas tongkang(kapal besar).Kalau ikutkan undang-undang kawasan tongkang nie tak boleh masuk pun kecuali pekerja je.Munkin sebab bahaya kerana segala macam barang ada kat sini seperti pasir,jengtolak,batu..macam-macamlah.Kerana  ikan kami redah jea.
Kat sekolah plak perangai dengan sekelip mata je berubah.Kawan sepermainan buat macam tak kenal je.Kalau bertembung pun buat tak kenal berselisih bahu je.Time jumpa petang bukan main lagi kejar-kejar.Aku rindu zaman tuu.Bila cikgu panggil mintak tolong,ikut jea..sebab tu lah kalau cikgu nampak muka aku masa tu tersengih diorang tapi bila naik sekolah menengah bila cikgu nampak muka aku mesti diorang geleng-geleng kepala.Apa nak jadi???Aku pun tak tahu kenapa cepat sangat aku berubah yea.Kawan aku lagi dahsyat,sekolah rendah jadi ketua pengawas.Naik sekolah menengah jadi ketua 'setan'.

Rasa cam diri nie tak berguna.Kalau mati time budak-budak dulukan best,boleh masuk syurga.Bila orang tanya,'bila besar nak jadi apa?'Dalam kepala aku tak de pun jawapan bagi soalan tuu.Sekurang-kurangnya jawablah,'saya nak jadi pembela agama sebab orang zaman sekarang jadikan agama dia cincai-cincai je'.Bila kita tolong agama Allah,Allah akan menolong kita.

Zaman budak-budak,zaman tak ada perasaan,zaman tak ada beban atas bahu..Belajar pun hanya kat sekolah,bila balik sekolah semua tu tak ada dalam kepala tapi setiap kali periksa..result boleh tahan jugak,munkin sebab aku banyak fokus pendidikan islam masa tu.Dan seperti apa yang aku kata kat atas,'bila kita menolong agama Allah,Allah akan menolong kita'.Tapi sekarang aku kat mana??kenapa subjek-subjek islamik aku tak beri perhatian pun macam dulu..aku rindu zaman kanak-kanak!!


Aku hanya seorang budak yang inginkan bimbingan!Kenapa kami tak diberi bimbingan tentang akhlak dan sakhsiah diri,akidah dan banyak lagi yang harus diutamakan..Kenapa cikgu-cikgu kat sekolah hanya mementingkan pelajaran kat sekolah?Kenapa Guru Besar hanya mementingkan 'ranking' sekolah setiap kali peperiksaan?Mana kementerian pelajaran..kami nak minta subjek akhlak diperkenalkan kat sekolah macam kelas 'kafa' kat sekolah rendah dulu.Kami tak nak pembelajaran seks kat sekolah.Apa salahnya panjangkan tempoh masa untuk ustaz-ustazah ajar tentang Islam kepada kami.Kami dahagakan ilmu agama.

Budak sekolah makin lama makin menjadi-jadi.Perangai buruk macam beruk,bergayut sini sana dengan pasangan masing-masing.Bila isu ini berbangkit kenapa nak salahkan kami.Lihatlah orang disekeliling yang buat kami macam beruk.Jangan lihat kami sebagai pemangsa tapi lihatlah kami sebagai mangsa.Mangsa daripada orang atasan,kerajaan yang tak beri sokongan,masyarakat yang hanya memandang sinis.

Ini pandangan seorang budak sekolah yang pernah dianggap kurang ajar oleh cikgu..Aku meminta komen membina kerana aku masih budak sekolah.

Saturday, December 11, 2010

Ada apa pada sungai

Hari nie tak hujan..biasanya cuti akhir tahun hujan tak henti-henti sampai terpaksa tukar tuala dengan kain pelikat  untuk pakai selepas mandi.Bukan apa bimbang tuala tak kering alamatnya tuala akan naik jeragat.Air sungai tetap mengalir seperti biasa tapi warnanya yang keruh membimbangkan aku.Munkin kat hulu sana hujan turun kot,aku buat andaian sendiri.Kalau mandi sungai memang sah ada lintah+pacat yang khas diimport dari sawah.

Kalau tahun lepas,aku dan abang aku pergi memancing ikan je kat sungai.Musim hujan nie ikan banyak lah tuu.Biasanya ikan yang dapat bawak balik tunjuk kat mak ialah ikan duri,baung, dan belukur.Ikan toman dan sembilan tunjuk muka je kat permukaan air.Munkin sangaja nak mengejek sebab tak pernah dapat,hahaha...Kalau cam ikan keli,haruan,sepat dan seumpamanya tuu tangkap kat sawah sebab air naik.Ikan-ikan nie sama naik.Udang pulak kalau yang kecil-kecil tu makan mentah-mentah je.
'Ikan Haruan kot'
Pagi-pagi lagi aku terus dapat soalan dari abang aku..

Nampak 'joma' abang tak?tanya abang aku..

'Joma'..entah,bukan aku pakai pun..hahaha..dia punya 'joma' tanya aku pulak..
                                                   
Hari nie mak suruh tolong cat rumah,sikit-sikit je maklumlah ramai anak mak balik cuti nie.Lepas siap kerja-kerja tu semua,terus merancang buat projek.Projek apa tuu?Jom mandi sungai..hahaha excited giler adik-adik aku maklumlah sejak 'start' cuti lagi asyik tanya soalan sama,'bila nak mandi sungai?'

Macam aku kata kat atas,air sungai 'still' nampak keruh.Kata orang 'air yang jernih jangan disangka tiada buaya..aku pulak sambung 'apatah lagi air yang keruh,memang sah buaya berlambak-lambak'.Teete aku tipu je.Adik aku pun terus menyampuk..jangan sebutlah buaya kat sini!

'Don't waste your time,lets go'...terus kami buat pesta air tanpa minta permit.Agak letih jugak berenang kesana-kemari coz lama tak mandi sungai.Teringak pulak sebelum cuti baru nie,cikgu ada cakap tahun depan masuk pertandingan berenang.Aku  rasa macam nak 'surrender' je tahun depan melihatkan pengalaman aku tahun nie.Tak ada persediaan langsung tetiba je terus masuk dalam kolam untuk pertandingan.Giler ke apa..stamina tak de beb.Kalau aku kejang masa tuu tak tahu la apa nak cakap.

Orang luar cakap tali air tuu sungai..habis sungai yang sebenar nie apa,laut?..
'Sungai Terengganu'
Sungai kita orang nie Sungai Terengganu..lebarnya agak panjang jugak 1000m.Aku pun tak lepas nak berenang.Luas mata memandang..fuh!kalau buat tempat peranginan menjadi nie..cayalah

Syokkan cuti sekolah.Sementara korang cuti nie,gunakanlah masa tuu dengan sebaik-baiknya..manfaatkanlah.Tak payah belajar macam dalam kelas..belajarlah kemahiran yang terdapat di sekelilingmu seperti berenang,memanah,menunggang kuda.Sunnah Nabi tuu..Time belajar pulak..belajarlah betul-betul..

Wednesday, December 8, 2010

Sayang ku Padamu

Blurr..kau sayang siapa blurr?
Aku sayang semua..yang baik-baik laa..
Ehem..Masuk bab sayang-sayang nie,aku dah rasa lain dah..
*********
Mereka yang ku sayang selepas Allah dan Rasul Nya.
Aku sayangkan diri aku sendiri yang kadang kala tewas dek nafsu yang sering kali menguji keimananku.Sesungguhnya aku takut akan azab api neraka yang menjulang-julang tinggi yang telah dijanjikan untuk orang yang mengingkari perintah dan suruhan Ilahi.
'iluvislam'

Aku sayangkan ibu bapaku..merekalah yang mendidikku dari kecil sehinggalah aku besar cam sekarang..Kalau terkenangkan ibubapaku,aku takut mengecewakan mereka..merekalah semangat aku..dan aku tak boleh bayangkan andai mereka dijemput Ilahi.Pernah aku berdoa agar biarlah aku pergi dahulu sebelum mereka..aku takut kehilangan mereka.Tapi kalau aku pergi dulu mereka pulak yang kecewa yea..satu lagi,'iluvmyfamily'.

Aku sayang akan guru-guruku,ustaz-ustazahku..tak kiralah yang mengajar aku kat sekolah ke,yang ajar aku maen wau ke,nasyid ke ataupun yang ajar aku berenang..whoa.Aku jugak sayangkan awek yang pernah kena tipu olehku..'aweks,akulah  Khairul Fahmi yang kacau kau dengan menyalahgunakan sms tuu,hahaha'Nama yang aku gunakan masa tu hanya tipu belaka.

'I love everybody who love me unless' orang giler yang pernah kejar aku.Aku sayang agamaku,aku sayang akan keimananku walaupun hanya secebis dalam diriku.Aku takut imanku semakin tipis dek kerana godaan dunia akhir zaman.

'Blurr,kau tak sayang ke kat 'live partner' kau?'Itu aku tak boleh citer..hahaha (killer punya soalan).

Aku jugak sayangkan orang yang pernah berkawan ngan aku dari kecil hingga sekarang..tak kiralah korang geng motor ke,geng musolla ke,geng masa aku jahil dulu ke yang ajak aku mandi sungai sama-sama..suka hatilah bro.

Kalau ada yang kata aku sayang ini dan ini,tipu belaka sebab diorang mana tahu dalam diri aku nie betul ke tak aku sayangkan ini dan ini.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.


Monday, December 6, 2010

Kekasih Hatiku

Ya tuhanku,jadikanlah aku seorang yang mencintaimu dan pesuruhmu lebih ku cintai dari segala-galanya..ameen
                                                                   *************
Kekasih hati?Adakah kau sering mengigatinya atau terlalu rindukah kamu padanya?Alangkah ruginya kalian mencintai manusia lebih dari kecintaanmu terhadap Allah dan Rasulullah.
'Diantara kita ada yang ketiga'
'Nie zaman modenlah..buat apa macam orang dulu-dulu'..munkin itu antara beribu-ribu jawapan yang diterima apabila  isu 'couple' menjadi persoalan.Aku mengaku diri sendiri pun tak terlepas dalam isu yang berbangkit ini tapi berpada-padalah.Dalam kita bersuka ria ingatlah bahawa ada yang melihat.Kita ada batas pergaulan dalam Islam.Apa yang terjadi apabila agama kita lupa,siapa tuhan kita?Apa suruhannya dan apa pula larangannya..

Sekarang dah terbukti,lihatlah sendiri wahai anak muda kesilapan yang kita buat.Rasanya label jangan buang sampah merata-rata perlu diubah kepada Jangan Buang Anak Merata-Rata.Bukan aku nak mengata tapi inilah realiti sebenarnya kehidupan hari ini.Sekali imbas memang tak nampak apa-apa tapi cuba lihat sekali lagi,zaman sekarang sepertinya sudah kembali ke zaman jahiliah.

'Mana ada,zaman jahiliah dulu tak membangun macam zaman sekarang'..menjawablah pulak.

Ya zaman dulu tak macam sekarang.Macam-macam ada tapi ada persamaannya..agama ditinggalkan dan diletak di belakang,betul tak?Zaman sekarang lebih canggih tapi kecanggihan itulah yang disalah gunakan.Nak  tengok apa,video lucah,tak lucah,separa lucah,klik je.Senang,mudah dan mutakhir.
'Carilah ilmu dahulu'
Rasa-rasanya korang dah faham apa yang nak disampaikan.Kembalilah kepada Allah yang Esa.'Couple' tu berpada-padalah juga berwaspadalah.Berdua-duaan tuu harap jauhilah kerana ada yang ketiga iaitu syaitan laknatullah.Cintailah Allah dan Rasul Nya daripada segala-galanya termasuklah 'couple' korang.

IQ ONE

ISLAM QURAN ONE NATION EXCELLENT..Sebuah badan pertubuhan industri nasyid baharu yang melancarkan album pertama mereka  yang berjudul Jangan Lupa Tuhan.Kumpulan ini sebelum ini diberi nama Ikwan diketuai oleh seorang siswa yang kini sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.Bekas pelajar Sekolah Agama Marang ini berganding bahu bersama-sama beberapa orang lagi ahli kumpulan mereka mendirikan sebuah kumpulan nasyid yang kini telah tercalon dalam anugerah nasyid popular ABPBH2010..sama-samalah kita menyokong industri nasyid tanah air ini.
'album pertama'

'bersama Nazrey bekas 'leader' Raihan'
'pelancaran album pertama'
Sibuklah pulak aku nie pasal kumpulan nasyid orang lain.Bukan apa sebagai peminat kumpulan ini,rasanya tak apa untuk aku promote kumpulan diaorang.Seterusnya semoga maju sokmo dalam mencapai kesuksesan yang tersendiri..woha

'team medical dragon'
       
'Ustaz Alim dan Ustaz Solah'

'Asada'
Bukan nak timbulkan kontroversi just nak tanya,Iq ONE vs Team Medical Dragon..hahaha.munkin pada mata aku je kot.Ketua kumpulan Iq ONE dan watak Asada..ada iras muka yang sama tak?

Ok,semoga IQ ONE berjaya meraih kejayaan dalam menyebarkan dakwah.

Minyak Petrol

Minyak naik lagi..minyak petrol naik maknanya semua mak nenek akan ikut naik.Semua jenis barang akan naik dalam masa  terdekat alasannya lori angkut barang pakai minyak petrol bukan minyak masak.Kenapa minyak naik? Alasannya pulak minyak dah naik satu dunia.

 Aku pun geleng kepala terkenangkan tambang bas akan naik.Nak pergi sekolah pun rasa terbeban..Nak dapatkan ilmu bukannya senang.Bila dah ada ilmu tu sama-samalah kita amalkan.

Terfikir pulak kenapa minyak naik kat negara lain,sibuk-sibuk pulak nak naikkan minyak kat negara sendiri.Bukan ke negara kita dah ada minyak sendiri,ada galian minyak sendiri,kenapa mesti ikut pasaran dunia.Satu lagi aku dengar kat dalam kilang minyak,orang asing lebih ramai daripada orang tempatan.Maknanya keuntungan minyak yang diperolehi disalurkan kepada orang asing.

'minyak oh minyak'
Mana hak kita.Apa pulak rakyat dapat?Mana royalti minyak milik rakyat?Dimana hilangnya hak kami sebagai warganegara..
Aku rasa kalau berterusan macam nie habislah.Yang kaya semakin meraya,yang miskin pulak jadi papa kedana.

Suasana mendung hari ini rasa cam panaslah pulak.Apa pandangan korang tentang kenaikan miyak secara senyap-senyap?Tak nak jadi macam dulu ke,bimbang rakyat memberontak..Entahlah..apa nak jadi yea..nyakye-nyakye..

Saturday, December 4, 2010

Pelamin



Sempena perkahwinan abang,rumah dihias sedaya upaya.Kebiasaannya kalau aku pergi kat kenduri kahwin, diaorang akan tempah set pelamin,'canvas' dan yang berkaitan dengannya yang boleh mencecah satu ribu ringgit.Keluarga kami tak mampu buat seumpama itu.Kami bekerjasama buat apa yang mampu.
                                                  

                                            
                                                       'sendirian berhad'

Alhamdulillah,walaupun tak seindah mana tapi disebalik ketidak seindahan pelamin tersebut ada sesuatu yang amat aku kagum.Kami bekerjasama sebagai 1 keluarga 'sakinah'.

p/s:tengok tarikh tuu..awal jugak kami siapkan..walaupun kenduri berlangsung pada 4/12,tak nak huru-hara di kemudian hari.

Semangat kerjasama,kasih sayang,kesabaran dll aku dapat rasa dalam keluarga aku.Alhamdulillah,segala puji bagi Allah.

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...