Pages

Saturday, November 24, 2012

Refresh Balik

Korang semua..ohh ya..Assalamualaikum pembuka bicara..ya..'refresh' balik yea..blog aku nie kalau aku kira-kira balik..banyak mengarut kott.

Yang elok korang ambil laa,yang tak elok..korang baca buat teladan..cari pengajaran..jadi orang yang baik-baik tau..'sesungguhhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang baik'.

~kita kena kuat..isu ini bukan isu semasa tapi isu sepanjang masa~

~Aku penat badanku lelah namun aku harus gagah kerana matlamatku lillah juga kerana aku budak tarbiyyah~

Seludup

Haha..seludup,dulu aku seludup barang..melepasi sempadan..sempadan nie tak de balai imegresen laa..seludup buku keluar pustaka..pustaka lagi..adoii

Bila aku 'start' buat kerja haram nie nya..haram la sangat..ehh,haram ke?..entah

Ohh,'time' aku form 3 tak silap..ada sebabnya..suka-suka?..apa baran suka-suka seludup buku..seludup orang tak pe la jugak..sebabnya bila kita pinjam buku,temopoh masa yang die kasi tuu tak lepas tuk aku baca buku.Tahu laa,aku nie baca lambat..

~kena banyak baca tau..bukan banyak baca blog..haha~

Sebab tu aku seludup..hehe.Kurang asam jawa jugak budak nie..pastu aku pindah sekolah.Aku yang perasan baca lambat nie baru tersedar..buku tuu aku tak seludup masuk balik..adoooi,nie daa masuk bab mencuri nie..aku hantar balikk..masuk sekolah lama..terhendap-hendap masuk pustaka dan letak atas rak dengan jayanya..maaf semua.

Kat sekolah baru,aku seludup lagi..bersebab jugak,entah la korang terima ke takk..sebabnya kad pustaka aku hilang..mentang-mentang laa ada muka aku terpampang 'cute' mi-ut' kat situ..ada pulak yang panjangkan tangan diaa..ciss,benda nie aku agak je laa..tak de bukti pun ada yang mencuri..

Tapi yang aku tak puas hati kad aku hilang saat kad aku tersimpan di rak peminjam..kat pustaka tuu la..sepatutnya ada laa yang bertanggungjawab nak jaga..adoii sekali lagi.

Sekarang aku tak buat daa..ada sebabnya..ada-ada jea la..sebabnya aku daa tak pinjam buku..haha..setakat nie laa.Pemalas punya budak..nanti ada masa aku ziarah laa pustaka.'library wait for me'..

~korang semua,camane nak jadi penulis??..kena la banyak baca buku..jangan ikut aku..merapu jea pandai..hehe~

Adooii

Hari tuu aku singgah jap kat pustaka..ulat buku..cett,tipu jea..aku baca novel pun langkah-langkah..sebelum aku masuk pustaka tuu..ehh,aku terperasan ada beberapa kad pustaka yang diletakkan di 'softboard' kat luar 'library'..ada gambar kot kat kad tuu.

Atas kad tuu dia tulis..'pelajar-pelajar yang lambat hantar buku'..kahkahkah..'famous' laa muka korang lepas nie.Gambar terpampang nasib baik takde tulis 'wanted'..hahaha.Aku terbatukk..ehh,muka kau pun ada..kawan aku.

'terbaik,laen kali sepak jea budak tuu..hehe..aku gurau jea'

'Syakir,gambar kau ada la kat luar pustaka nie..'wanted'..budak-budak yang lambat hantar buku',satu mesejku hantar kerana aku perasan bagus..prihatin laa sangat..hahaha.

'Hmm,bukan aku yang pinjam buku,kawan aku sorang nie..die guna kad aku..aku naik nama,nanti aku selesaikan..tenz',si dia balas.

'Ahh,pulak'..aku kesal betulla kat budak yang macam nie..yang 'double'kan pinjaman tuu la..satu dah laa pinjam kad pustaka orang laen pastu pinjam buku lambat hantar pulak..jenis makhluk yang datangkan fitnah kat orang laen..

Ceett,aku terlebih mengata kat orang laa pulak,lalu aku terfikir kata sorang budak nie..'jangan kita jadi orang yang mendatangkan fitnah kat orang laen,bukan orang je tauuu..kat sesebuah organisasi..dan yang lebih menakutkan lagi kat agama kita'.

Kalau kat sesebuah organisasi,contohnya..kita pegang tampuk kepimpinan..tak kisah laa presiden ke..exco-exco ke..ajk yang paling senyap ke..lantak laa..tapi dalam kita berjawatan tuu tetiba 'result' kita yang mantap sebelum nie..ea..maksud aku sebelum kita 'ber' jawatan tuu merudum jatuh terguling tergolek..pastu apa orang cakap..'tuu laa,sibuk sangat nak pegang jawatann..tahu tak benda tuu buat kita tak da masa..dah laa organisasi bermasalah..dengan kita sendiri jadi bermasalah'.

Nur Shakira Madin
'Sabar jea laa'

Tapi yang sebenarnya kita yang tak pandai nak 'manage' masa.Berjawatan tuu,relak relak sudaa laa..jangan 'tension2' yea..huhu..aku perasan berjawatan laa pulakk..yea k benda aku cakap nie??..entah..lau salah betulkan balik..no hal punya.

Satu lagi pada agama..fitnah pada agama,kita nie ibarat 'duta' pada agama kita..orang tengok kita,jika kita teruk dan melampau-lampau,pengotor,pengkhianat,penghasut,penjahat,pengganas..bla bla bla..'then' orang cakap bukan-bukan sal agama kita.Kita telah datangkan fitnah pada agama.

So,hati-hati..kita keluar rumah 'then we said'..aku duta agama aku..insyaAllah,kita takut nak buat benda tak elok..Haha..pandai tak aku bagi tazkirah..ceett perasan..tazkirah laa sangat.

Haha,satu lagi..nak tengok agama tuu,bukan tengok penganutnya,tengok kitabnya..apa yang Nabi bawa.

Saturday, October 20, 2012

Cicak yang Jatuh

Aku terbaca..bukan..aku membaca buku 'Dr HM Tuah'..disini biarku luah..hehe,nie perkongsian..

'hoi..ko skodeng(intip) aku ea'

Ada satu teka-teki tentang tiga ekor cicak,dua ekor bergaduh lalu jatuh..tup tup satu lagi jatuh jugak..kenapa yea??..nanti aku bagi jawapan..fikir la dulu.

Tun Dr Mahathir pernah cakap..'aku tokok tambah jugak tapi lebih kurang macam  nie la maksud dia,'bila nak maju orang kita,bila nampak orang naik sikit dia cantas dan bila orang yang tak naik nie naik,orang lain pulak yang cantas'..

Sebagai contoh,seorang tukang rumah membina sebuah rumah,,bila rumah tuu dah siap,,sorang tukang rumah  yang lain pergi robohkan..dengki,then bila tukang rumah nie siapkan rumah yang lain,tukang rumah yang pertama tadi pula robohkan..bila laa nak maju..semua jahanam..tuu lah suka sangat tengok orang 'jatuh'.

Tup tup..siapa yang maju..bangsa lain sebab apa?..sebab diorang tolong-menolong sesama diorang.Berganding bahu 'menuju ke puncak'.Kalau cantas mencantas semua tak akan dapat 'menuju ke puncak'.

Macam adegan cicak tuu ler..dia jatuh jugak sebab dia tepuk tangan tengok kawan die dua ekor tuu jatuh..tup tup dia pun jatuh..haha suka sangat tengok orang 'jatuh'..

Jadilah orang yang maju..macam mana?..bukan macam cicak tuu tapi orang yang berganding bahu 'menuju ke puncak'..bila kita tolong orang laen..moga-moga Allah akan tolong kita jugak dalam setiap urusan.

~Bangkitlah walau jatuh banyak kali sekalipun tapi awas jangan jatuh lalu tersembam ke bumi~

Friday, October 19, 2012

Alasan

'Assalamualaikum,adik sihat?','message' berbentuk pertanyaan terpapar di skrin 'handphone'.Malam dahh larutt..cett..aku tipu jea.Baru pukul 9.30 malam tapi mata aku dah kuyu.'Massage' tu aku abaikan..lalu aku pun tidur.

Kadang-kadang aku jadi burung hantu..dua tiga pagi baru tidur,kadang-kadang jadi budak-budak..lepas isyak terus tidur.

Kalau fikir-fikir balik,teruk jugak aku nie.Orang tanya macam tuu bermakna dia ambil berat kat kita..tup tup kita abaikan..ciss tak menghargai langsung..cuba bayangkan suatu hari nanti tak ada dah orang nak ambil berat kat kita..kan bala tuu.

'Maaf xblas msg smlm..adik sihat.Smoga orang di sana sihat wal'afiat hendaknya'..ciss ayat aku macam karangan 'pmr' dulu.Dalam kepala aku,satu jea aku fikir..jangan bina alasan..

Yes..alasan..kalau kat sekolah dulu,kalau buat salah 'or' cikgu desak..'kenapa awak buat macam nie?'..aku hanya senyap..sepi..'no respond'.Muka blurr..'blank in page'..kenapa?..jangan bina alasan kalau memang benda tuu tak beralasan.Aku buat suka-suka..takkan aku nak cakap 'saya buat suka-suka cikgu'..agaknya kenyanglah aku..makan pelempang.

'haha..kan dahh kena lempang'

Satu lagi,biasanya kalau didesak macam tuu..'then' kita bagi alasan..haha..cikgu pun cakap,'ooo pandai buat alasan yea,siapa yang ajar nie'..padahal memang kat sekolah diajar 'membina alasan'..cuba baca soalan peperiksaan..ok aku ambil salah satu contoh yea..soalan peperiksaan nie..'ke manakah perginya garam-garam berlebihan yang terdapat dalam tubuh badan kita?berikan alasan anda..hehe

Pernah sorang budak nie kann..memang dia tak tahu dah nak bagi alasan apa.Dia tak pakai baju unit beruniform..pastu kena soal..macam biasa..'kenapa?'..dia pun cakap 'straight to da point',senang difahami..'saya malas cikgu'..'panggg'..kah kah kah..cikgu tuu bagi pelempang 'straight to da point'..laju doo..nasib baik budak tuu tak terperosok bawah kereta..hahaha.Dia bagi alasan..bukan tipu bahkan betul..tapi agak-agak ler..'kesan masa panjang'..haha,kan dahh kena lempang.

Jangan bina alasan kalau benda tuu memang tak ada alasan melainkan memang beralasan.Tegakkan benda tuu kalau kita betul sekalipun dikasi makan kaki diorang tapi ingat..'kesan masa panjang'.



Sunday, August 26, 2012

Budak Baik

'Budak baik'..hahaha94.

Aku selalu cakap macam tuu kat diri sendiri masa aku form 5..sebagai motivasi untuk diri sendiri..why??

'ea..tak semestinya yang nakal tuu x baik..'

Time aku form 4..bila aku buat masalah disiplin..selalu aku cakap kat diri sendiri 'aku kan kurang ajar,semua orang tahu'..tambah-tambah pulak cikgu asyik cakap cam tuu..rupa-rupanya ayat tuu lagi menjahanamkan diri aku.

Bila aku buat salah aku rasa tak bersalah..'aku kan kurang ajar'..

Please..jangan buat masalah lagi.Kadang-kadang rindu jugak nak buat salah..hohoho..setakat mana aku boleh bertahan..'cabar diri sendiri'.

~Budak baik..sampai mati..'ye la tuu..hahaha94..~

Jangan Dikutuk Perut Yang Boroi

Suatu hari di bulan syawal..ohh lupa,Selamat Menyambut Hari Raya semua..raikan dengan riang raya bak kata Ustaz Don 'hulurkan duit raya untuk menunjukkan kita nie sedang gembira'.Aku tak hulur la cuma tadahkan tangan minta duit raya..ciss perasan budakk.

' i'm sorry..i never meant to hurt you..'

K..sambung balik.Suatu hari di bulan penuh riang gembira,ayah berkata 'gemuk tak ayah?',ayah pekena soalan bonus kat aku."Tak gemuk..tapi boroi",aku menjawab kononnya nak buat lawak tapi tak tahulah bagi ayah tu lawak ke tak.

Aku ketawa..Mak yang ketika itu ada kat situ turut ketawa riang gembira.

"Aduhh",aku mengaduh penuh syahdu..ciss syahdu konon.Aku mengaduh kesakitan disebabkan bibir aku pecah...bila ketawa..sakit doo.

'Padan muka',ujar ayah lagak tak puas hati dengan jawapan aku tadi.Aku terfikir-fikir..ayah terasa ke??

'maafkan aku..boleh..boleh blahh..'

Malam..usai solat isyak di surau..ohh aku perasan alim lagi..alim-alim arnab.Aku pulang ke rumah..aku duduk di ruang tamu,ayah ada jugak..mak pun.

Aku tersengih-sengih..nak minta maaf sebenarnya..ha3.Aku tarik tangan ayah."minta maaf",ujarku penuh ayu.Ayu??..uwekk nak muntah aku..penuh sopan.Sopan??..lantaklah.

'Kenapa?',ayah bertanya."ea..sebab cakap ayah..'boroi"',balasku.Ketawa mak berderai lagi..

~moral of the story..senangnya nak buat silap tapi nak minta maaf tuu..aduhai susah jugak kalau tak de tekad dalam hati.'Boroiii'..hahaha~ 


Friday, August 24, 2012

Biasanya tahun 'exam',sekolah menganjurkan solat hajat pagi-pagi.Macam tuu gak sekolah aku dulu.Haa..aku ada satu cerita.Nie punya cerita dahulu kala jugak tapi kalau fikir-fikir balik ada sesuatu yang boleh diperdebatkan..cetttt..aku merapu lagi..'apa nak debat-debat.Ingat nie parlimen ke?'..k,lupakan.

'iklas bukan kita yang ukur..Allah jualah yang mengukurnya..'

Ustaz aku pernah tanya..'siapa kat sini ikhlas solat berjemaah tadi?'..tak de yang mengaku..'siapa yang tak ikhlas pun solat berjemaah tadi?',ustaz bertanya lagi..pun tak de yang mengaku..ustaz tersengihh..'sebenarnya kita sendiri pun tak tahu amalan kita tuu kita buat ikhlas ke takk..tak dapat kita nak ukur..moga ikhlas..'wa ilallahi turja'ul umur'..

Satu hari di pagi buta..tak buta pun.Sunat Dhuha dah boleh buat.

'Jom arr,cikgu dah tunggu kat surau,nak buat solat hajat sama-sama',ujar aku kat sorang teman.Berlagak alimlah pulak aku nie..ciss..alim-alim kucing.

'Malas la..hati nie tak ikhlas,kalau buat..tak ikhlas,apa dapat..lebih baik aku tak solat.Kau nak pergi,pergilah..',aku pergi..berjalan ke arah surau.

**********************

'Hati tak ikhlas,lebih baik aku tak solat',ahh..kata-kata tuu terngiang-ngiang kat telinga aku.Aku pun buat sifir..'tak ikhlas,tak solat'..'tak solat kerana kononnya diri tak ikhlas'..ishh..salah sifir tuu.Aku berkira-kira...

Kalau nak tunggu diri nie ikhlas,then baru nak solat..mesti ramai yang tak solat..dengan aku sekali tak solat..solat lima waktu pun.Alasan..aku kan tak ikhlas..ciss sekali lagi.

Kalau nak tunggu hati nie ikhlas baru nak solat..penuhlah neraka jawabnya.Bab solat nie,yang lima waktu tuu lebih-lebih lagi..bukan tunggu hati kita ikhlas baru nak solat..yang wajib tetap wajib..samalah cam kes tutup aurat.Allah dah perintahkan pada kita..tutup aurat..maka tutuplah walaupun tak ikhlas atau dengan kata  lain 'terpaksa' kerana dengan terpaksa itu lah akhirnya kita akan belajar untuk 'rela'.

'rotanlah anak kerana kasihkan mereka..moga jadi manusia'

Masa kecik-kecik dulu pun,ayah aku paksa..solat..kalau tak rotanlah jawabnya lau dah berumur 10 tahun..aku pun buat kerana terpaksa.Tapi sekarang 'aku rela'..ya,rela ikut perintah Allah..aku hamba.Oleh itu wujudlah perkataan 'paksa rela'.Mula-mula terpaksa,lama-lama dah rela.

So,sahabat-sahabat..paksalah diri untuk rajin..rajin solat.Solatlah hajat,minta diperbetulkan hati..niat kita.Biarlah terasa hati ini tak ikhlas..doalah..'Ya Allah,ikhlaskan hatiku,perbetulkanlah niatku'.

~Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku,moga sentiasa berada dalam landasan yang kau redhai~

Madrasah Ramadhan

Ramadhan dah pergi meninggalkan kita tapi pernahkah kita terfikir apa hasil yang kita dapat dari madrasah ramadhan tuu.

Perangai kita camana sekarang?..wallahu'alam.Aku pun tak berani nak nilai camana aku sekarang.Aku pernah terfikir..'nie ke hasil tarbiyah di bulan Ramadhan yang aku peroleh atau aku sengaja buat baik kononnya nak orang tengok inilah hasil tarbiyah yang aku peroleh'.

'jom sambung puasa 6 hari di bulan Syawal'

Korang semua..renung2kan apa hasil tarbiyah yang kita peroleh sepanjang madrasah ramadhan.Mungkinkah ramadhan akan kita lalui lagi..atau itu adalah yang ramadhan yang terakhir.

~Ya Allah,awasilah aku..peliharalah aku.~

Thursday, April 26, 2012

Woii! natang..

Aku nak gelak terguling-guling jugak tapi kau tuu kawan aku..sakit luka duka ketawa sama-sama..ape hal la dia panggil kau menatang..kat kucing pun aku tak kata cam tuu walau aku tahu dia memang menatang..kah kah kah.Sakit tak kena 'sound' menatang??

"Sakit doo sampai aku tulis kat status fb..'nama aku ****** siap ngan nama bapak sekali..ada ke die panggil aku "woii natang"..menatang sungguh'",kawan aku menjawab tak puas hati.

'orang suruh gohek yea gi tolok..'menatang' sungguh'..

'Kenapa tak balas balik..',aku bagi soalan.

'Balas balik pun tak guna..kalau mulut tuu dah baraii,nak tunggu koyak jer.',kawan aku menjawab sakit hati.

Sadiss giler citer..lain kali kalau ada orang cakap lagi kat kau cam tuu.Kau angkatlah tangan kononnya baca doa kat depan dia..lalu kau aminnn.Bila dia tanya baca doa apa..kau pun jawaplah..

'Aku doakan kau cepat-cepat mampus..daripada kau 'menatang'kan orang sana-sini..baik kau 'menatang'kan diri sendiri..lagi bagus..baru sedar diri.'

p/s:Kau doakan dia supaya berubah..tapi kau luah cam tuu lah kat dia.Biar takut skit..Ingat mati menghilangkan nafsu berahi..'berahi' menatangkan orang..bukan berahi macam ayen..keh keh keh

Wednesday, April 25, 2012

Saya bukan nak kurang ajar

Ramai jugak tegur aku..orang tualah..cakap kat aku 'tak pergi sekolah'..Muka aku macam budak-budak ke..lantaklah

Yang aku tak tahan yea.Sorang pak cik kedai plastik..muka garang macam nak makan orang..lalu kat tepi aku lalu tanya soalan bonus kat aku..'Kenapa tak pergi sekolah?'..Aku tersengih jea..bukan nak kurang ajar tapi malas nak menjawab.

.Muka dia pun tak ceria..semacam jea..entahlah..adakalanya diam tuu baik untuk kita

'saya belajar walaupun bukan disekolah'

Kat gerai tepi jalan pulak..aku terkena dengan kawan ayah aku.

"Tak pergi sekolah?",dia pekena aku soalan.

"Tak..hmm..dah tak sekolah",masa tuu jugak aku terfikir..kang dia kata aku kena buang sekolah pulak..lalu aku sambung.."dah habis sekolah".

"Habis sekolah??kita nie belajar dari buaian hingga ke liang lahad..tak ke begitu",dia macam nak menjahanamkan aku.Aku pun tersengih..

"Saya dah habis sekolah..tapi saya tak habis lagi belajar..belajar itu dari buaian hingga ke liang lahad..,"keh keh keh..aku tersengih dalam hati.Bukan aku nak menjahanamkan pak cik tuu balik..aku nak perbetulkan jea apa yang dia kata..woha!

~Dah habis sekolah tak semestinya habis belajar..dan..bukan semua benda kita belajar kat sekolah..~

Kalau tak nak boleh blah.

Baru-baru nie aku pergi kat program motivasi..bukan untuk aku tapi untuk budak darjah enam.Aku saja je menyibuk nak pi dengar jugak.Manalah tahu berguna buat aku yang tak bermotivasi nie.

Selama nie kalau buat program motivasi masa aku sekolah dulu akulah yang cepat-cepat nak blah..Kalau 'line clear' aku tak de pun kat program tuu..Kadang-kadang tidur kat asrama atau baca novel dalam kelas.

'Belajarlah untuk mendengar walaupun ia perit.'

Sekarang pergi pulak yea.Yelah adik aku merayu-rayu minta mak aku datang.Aku pulak pengiring mak aku..kalau tak sekarang,bila lagi aku nak iring mak aku pi mana-mana.Betul tak?

Rupa-rupanya yang bagi motivasi tuu lah yang datang kat sekolah aku dulu..ciss.Sini pun dia,sana pun dia.Bila fikir-fikir balik..kalau aku tak dengardan buat bodoh je..aku dah bazirkan masa aku kat sini..aku fikir dalam masa 2 jam tuu malaikat tulis apa dalam buku catatan..aku buat amal baik ke buruk?

Buruk!Buat benda sia-sia..kalau tak nak dengar baik kau blah jea..

Yelah-yelah..aku layanlah nie..

'Buat jahat tekad habis..buat baik apa cerita kawan.Kan dah kena..',kata satu suara dari hati.

Tuesday, April 10, 2012

Bas..korang patut naik untuk cari pengalaman..

Nie citer aku masa aku form 4 dulu ah..zaman aku naik bas turun bas pergi sekolah..

Suasana persekitaran masih menunjukkan suasana tahun baru.Maka bermulalah episod persekolahanku setelah cuti panjang berakhir.'Sekolah lagi,'getus hatiku.

'lebih kurang laa..kah kah kah'

Seperti biasa,pagi-pagi lagi aku kena tunggu bas dekat pondok tepi jambatan.Dan seperti biasa,bas sekolah sesak dengan budak-budak yang aku tengok dah macam ikan sardin dalam tin.Tempat aku hari nie luar biasa sikit,terpaksa berdiri kat atas tangga sebelah pintu..cuak jugak aku bimbang jatuh tergolek lalu digilis bas.

Sepanjang aku naik bas dua tiga tahun nie..macam-macam citer yang aku dapat dalam bas..cerita yang pihak sekolah nak tapi tak dapat-dapat..contohnya cerita tentang pelajar mengandung..Bila budak tuu dapat tangkap dan tidak dihebohkan namanya..kitaorang dah agak..sebab budak tuu budak bas jugak..hahaha

Kerana pernah suatu ketika dahulu..aku dengar dalam bas..budak tuu agaknya ucap 'sedap tapi sakit'..giler..ayat nie lah buat pemikiran aku tercemar masa tuu..cilaka..nak buat macam mana..sedangkan badan boleh terlanjur apatah lagi mulutnya..

Naik bas ada pro dan contra nya..pandai-pandailah bawak diri..sebelum naik bas tuu aku sarankan baca doa mintak dipeliharakan iman..walaupun begitu,aku tak nafikan tiap kali aku nak naik bas aku lupa nak baca doa..woha

Biasanya lebih kurang pukul 7.05 minit aku naik..sampai kat sekolah pukul 7.35 pagi.Kalau bas tuu ada enjin turbo sekali pun..sama jugak.Sebab sekolah aku kat tengah bandar..sadisss

~There are no speed limits on the road to excellence.~

18sx

Umur aku dah 18 tahun..lau macam tuu aku dikategorikanlah sebagai..

'Woha'

Dan ini...

'woha'

Lau memang nak tengok dan buat benda yang kotor tuu..sebelum 'woha 1' lagi..ramai dah buat..manusia..

Kenapa ya..kalau nak buat jahat nekad habis tapi kalau nak buat amal baik tuu..hampeh???

Sebabnya ramai yang nak jadi sampah berbanding minyak wangi..

Benda yang 18sx tuu permainan nafsu semata-mata..memanglah nikmat tapi sementara je kan..jangan kita kata 'aku nak buat sekali nie je' sebab ber..kemungkinan kita akan ketagih selepas percubaan kali pertama..


'lori uncle google..'

'Terlanjur lori boleh diundur..terlanjur zina apa nak kata??...bertaubatlah selagi ada nyawa..'

Kita kena fikir kat mana kedudukan kita di sisi-Nya jika nafsu itu menjadi raja dalam diri kita.

Awas korang semua..jangan fikir diri kita selamat..kerana syaitan akan terus menodai..selagi denyut nadi belum berhenti.

'Pesanan untuk diri aku juga yang selalu alpa.'

Semakin sukar amal kebajikan yang kita nak lakukan semakin besar mata ganjaran 'bonus link' yang kita dapat..so beramallah selalu.

~Our greatest glory is not in never falling..but in rising every time we fall.~


Friday, March 30, 2012

Lifeless

Yesterday is thursday..lifeless..i don't know.Aku jumpa Zulfikar kat PSM tadi.Budak yang suka berdolak dalih..dia 'classmate' aku sekolah rendah.Kalau dia cakap..entah betul ke takk

'Kau tak nak naik motor ke?',aku saje tanya.

'Tak de helmet..',dia jawab.

'blurr'

Entah betul ke tak..aku pun tahu..Aku terus naik motor..bersungguh amat..sebab hari 'test' dah dekat.Bila aku puas hati aku berhenti.

Aku ambik beg aku..aku pandang dia..cehh tak naik motor lagi..

'Kenapa tak naik lagi?'lagi sekali aku tanya.

'Aku dah ambik lesen',selamba dia jawab sambil tersengih.

'Bengong..'

Kan aku dah cakap..dia cakap tak leh percaya..tuu pun entah betul ke tak betul..'dah ambik lesen'..

Monday, March 26, 2012

Result SPM


Camne 'result'..bla bla bla..Alhamdulillah.Bukan aku punya pun..Allah yang beri..aku nie kosong je.Iye..bukan aku punya..buktinya..ha biar aku cerita.

Aku sekarang sedang ambik lesen kereta,motor,boat,kapal terbang dan lesen mengorat..

Masa aku tengah belajar tadi,cikgu aku pun tanya..result camne..aku pon jawablah..bla bla bla..tapi ada 'part' ah aku tanya 'Abang ...belajar kat mana dulu'..'kat sekolah',dia jawab.Sebenarnya maksud aku 'kat mana tu lain'..bukan kat sekolah.Aku rasalah dia perasan je soalan aku.Pastu senyap..aku rasa serba salah..lantaklah..aku terus bawak 'kapal terbang' tu..

 
'spm ke psm..sijil pelajaran memandu'

Aku ingat berhenti cam tu je..tapi dia sambung..
'Abang belajar sampai sekolah je..pastu tak sambung-sambung.Result tak cukup makan..kalau diikutkan kat sekolah..abang 'fight' dulu dah..bila keluar 'result',abang pun tak sangka jadi macam tuu..'

'Rezaki Allah luas kan Abang ***,ada di mana-mana..'ujar aku..dia mengiakan ..budak keluar U pun ramai tak bekerja(cerewet nak kerja)..

Aku..aku tak 'fight' sangat pun dulu..bila keluar 'result',aku pun tak sangka jadi macam tuu..Alhamdulillah..tu la aku cakap,bukan sebab bla bla bla kita berjaya,semuanya adalah kehendak dan iradat Allah..firman Allah s.w.t 'dan apabila kamu telah berazam(berusaha)..maka berawakkallah kepada Allah'.


~Aku bukan ustazah..aku orang yang selalu dimarahi ustazah..ustazah zu*****..kalau aku silap,aku memohon tunjuk ajar korang yang lebih 'arif~



Igauan SPM

Cikgu yang ajar aku kereta..ada tanya aku..'ambik berapa SPM'..sebelas..'yakin dapat 11 A'..takk..

Mulut aku masa tuu tak ada lesen betul..memang aku jawab 'takk' tapi dia balas balik 'insyaAllah'..

 
'betul tu'

Aku tersentak..Allahurabbi

Aku teringat bahawa sesungguhnya kata-kata itu doa..betapa 'confidence' nya aku aku jawab 'takk'..Aku tak terkata-kata..padahalkan Allah yang mengkehendaki segala sesuatu..kenapa 'takk'..nak lawan kekuasaan tuhan??

Memang aku menyesal la hari tuu sehingga satu hari aku terfikir-fikir benda tuu..sampai mimpi.Terima kasih cikgu..ingatkan saya.

~ucaplah InsyaAllah kerana itu lebih baik untuk mu~

Friday, March 23, 2012

Nak Mampus Budak Nie

Aku tunggu ayah aku datang kat 'psm' bawak aku balik.Macam biasa aku tunggu kat tempat 'parking' motor.Tempat 'parking' tuu agak luas tapi motor-motor yang ada kat situ bersepah-sepah.Semua tak pandai nak susun.Pak cik jaga ada tapi duduk je kat dalam pondok..main 'game'..kurang didikan betulla.Sepatutnya dialah yang marah-marahkan budak-budak yang tak pandai susun motor..ciss

Tetiba muncullah sorang mat motor nak keluarkan motornya..mana tak susahnya,dah tak nampak laluan nak lalu.Tanpa disengajakan mat motor tadi tertumbangkan sebuah motor.Bang..bersepai nombor plat motor bahagian belakang.Apa lagi empunya motor tuu terus bangun dari tempat dia duduk tak jauh dari situ.'Nak mampus budak nie',ujarnya sambil pegang topi keledar.

Agak-agak memang mampus arrg budak tuu kena hentak dek topi keledar..bersepai kot.Kalau tengok lagak diorang memang nak gaduh.

Tanpa disangka-sangka datanglah sorang 'heroin' selamatkan keadaan lagak macam 'catwoman'..miow-miow sambil memegang sebatang penyapu lalu menjerit.'Korang berdua nie nak makan penyapu aku ke..'lantang mak cik penyapu sampah tuu berucap.

 
Dengan lagak berani mati,mak cik tu pun menembak mamat topi keledar tuu dengan air liurnya..'Hei awang topi keledar,jangan lu pikir dia sorang je yang salah..kau tuu yang tak makan saman.Letak motor ngata rawe..memang patut arrg kena langgar.Patut arrg Hafiz Af buat lagu Awan Nano..untuk kau rupanya..'

Mamat topi keledar tak terkata-kata 'speechless' sambil mengangkat motornya.'Awang-awang'..Tuu nasib baik ada orang tua,kalau tak tahulah den.

~Aku nak tanya jugak mamat topi keledar tuu..'Kenapa kau tak tibai je orang tua tuu sekali?'..Aku agak ko jawab macam nie kot..'Sebab aku masih ada sifat hormat pada orang tua..'
Aku agak je berlandaskan apa yang aku lihat..woha ~

Thursday, March 22, 2012

Cerita Adik

Hari-hari aku angkat kipas.Malam masuk bilik aku,siang menerobos ke dapur.'Time' adik aku balik asrama,aku jugak yang angkat kipas walaupun dia satu bilik dengan aku..kurang asam betul dia ingat aku tukang angkat kipas.

 
'kipas berjasa'

Malam cuti tuu..aku wase malas doh nak ngakat kipas.'Che Nat,ambik kipas wak masuk dalam bilik',aku berlagak jadi pengarah.'Aku nak angkat separuh jalan je',Che Nat menjawab..cilake..'Wei mana ada ke kerja buat separuh-separuh,orang berak pun ,tak berak separuhlah'.

Nanti 'time' hantar ko pergi asrama..aku suruh ayah letak kau kat tengah jalan.Separuh-separuh jelah..minyak kereta pun jimat..separuh-separuh.Ceh buat separuh-separuh konon.

Abang aku tak suka kalau seseorang tuu buat kerja separuh jalan.Kerja tak siap..Kalau kita buat kerja tuu masti ada tekad yang kita akan siapkannya.

~Terima Kasih Semua yang nak bagi hadiah kat aku..Aku Tunggu..haha94~



 

Saturday, January 14, 2012

Makanlah nak Makan

Zakat susah nak dapat.Kalau dulu cuma satu helai borang yang perlu diisi tapi sekarang borang yang satu tu dah bermadu jadi empat.Nak bagi zakat kat orang ke tak nak? Zakat kat budak-budak nak belajar pun tak nak bagi.Dah tuu zakat yang banyak tuu buat apa simpan,gunalah untuk kebajikan umat islam.

'usah makan duit..makanlah nasi'

Semua orang nak makan..makan untuk hidup..sehingga segelintir mereka sanggup makan suap..ya,rasuah dan pekara ini bukan kecil tetapi besar kerana ia beri kesan kepada mereka yang 'makan untuk hidup' dengan menggunakan duit haram ini.Kesan negatif terhadap anak-anak yang makan daripada duit haram ibu bapa mereka,isteri yang makan daripada duit haram suami mereka dan sebaliknya.

Apa yang nak dikaitkan dengan 'paragraph' pertama dan kedua diatas?Rupa-rupanya rasuah bukan sahaja berlaku di sesebuah syarikat yang besar malah lebih mengejutkan lagi Pejabat Agama pun main benda macam nie.Dan berkenaan harta zakat pun..munkinkah??

Borang zakat sukar diisi bukan satu tapi empat dan pekara-perkara yang perlu diisi juga amat merumitkan.Ada ke patut nak nombor tiang elektrik rumah.Aku sebenarnya tak nampak mana musabahnya perkara ini.Adakah ada konflik disebaliknya??

Adakah untuk mengurangkan bilangan mereka yang mendapat zakat mahupun harta zakat telah diselewengkan atau harta zakat dah habis digunakan oleh pihak yang suka 'makan'??Secara positifnya kita perlu fikir yang harta zakat digunakan untuk perkara kebajikan..tapi perkara ini perlu disiasat oleh pihak atasan..kerana telah ada kes 'makan-makan' kat pejabat agama yang melibatkan wang jutaan ringgit.Daripada jumlah tersebut 70% sahaja yang dapat diselamatkan setelah mereka-mereka tersebut diugut bahawa kes 'makan-makan' mereka akan diambil tindakan.

So,kerajaan perlu ambil berat perkara ini.Amar ma'ruf nahi munkar..bukan terhadap kes rasuah sahaja tapi banyak lagi kemungkaran yang berlaku..jika tak bermakna rakyat telah salah pilih kerajaan. 

Kerana duit,manusia sanggup buat apa sahaja.

~Don`t treat your mom like your maid~

Sunday, January 8, 2012

Sardin itik dan ayam

Sardin ke nie?..ikan sardin pe ke mendenye.Sejak bila aku pandai buat sardin..

Aku tak pandai masak,hancur ikan masak merah..tapi sedap per..lantaklah,kalau kau rasa lapar makan.Tak nak makan sudah..Aku pulak,tak kisah.Tuu 'Sardin Blurr Brand'

Aku terus makan kerana perut asyik merungut minta ditunaikan keperluannya.Tapi..

terasa diri ini zalim..Itik aku tak kasi makan hari nie..cuma dilepaskan dari kurungan..pandai-pandailah cari makan.Nak memasak ke,nak mengail cacing ke..ku harap korang semua kenyang

'itik uncle google'

Aku pernah dengar ustazah cakap kalau kita tak kasi makan binatang peliharaan dan menyebabkan kematian akan dimasukkan ke dalam neraka..betul ke ustazah??

Aku tak tahu kesahihannya kerana ilmu aku tak cukup-cukup..

Ahh,masa aku sekolah rendahh..ada beberapa orang cikgu praktikal yang diseludup masuk kat sekolah aku(cara halal).Tapi yang paling aku ingat dua orang je..satu budak-budak panggil dia itik dan satu lagi dipanggil ayam..Ayam dan itik ini selalu berjalan sama-sama,makan pun sama-sama..sehingga aku tertanya-tanya makanan itik dan ayam sama ke?

Dua orang cikgu tu just diam seribu bahasa..terkilan agaknya.Setiap kali mereka terserempak dengan budak-budak nakal tu..masa tu jugaklah panggilan ayam dan itik berkumandang.

Apa yang aku belajar daripada rentetan cerita itu..betapa tak bermoralnya akhlak mereka yang mengejek orang yang telah memberi mereka ilmu..mana keberkatannya ilmu mereka..dan kepada guru-guru semua ampunkanlah kesilapan kami.

Thursday, January 5, 2012

Language

Apasalla aku pagi-pagi lagi ayah aku dah speaking ngan aku..'how are you today?'...'i'm fine dad'

'ohh,you forgot to say Alhamdulillah'..can you help your father's business today..

'yeah..it's my job to help my father,mother and others who need help..'(aku bkan superman)

aku speaking pun broken english doo..lantaklah since my dad said you must brave to start with a mistake..it's okay..

'jadilah orang yang berilmu'

Biasanya ayah aku yang start dulu,lau nak tunggu aku start entah bila laa.Kalaulah ada subject komunikasi kat sekolah mesti aku fail..lau orang tak mulakan perbualan dengan aku,aku nie..aish..pendiam agaknya...he..pemalu..hahaha

Teruskanlah..insyaAllah nanti okaylah tuu.Bagus perh tahu bahasa orang asing.Kalau nak dakwah diorang pun boleh dan satu lagi ayah aku ada cakap Nabi pernah bersabda bahawa..'barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum,dia tidak akan dapat diperdaya oleh kaum tersebut.'

Jangan korang pulak yang perdayakan mereka.. 

Okay..it's late already.wassalam

Wednesday, January 4, 2012

Pinggan Putih

Ayah suka makan dalam pinggan putih.Pinggan kaca putih..dan tak bersumbing.Mak pulak makan dalam pinggan kaca jernih.Aku??

Entah..aku tak kisah tapi kebiasaannya ikut mak sebab pinggan jernih banyak,pinggan putih sikit.Khas untuk ayah kot.Mana-mana pinggan kat depan mata aku,aku lantak je.
'daddy punya'

Mak pernah tanya ayah 'kenapa ayah nya suka makan dalam piggan putih'...ayah aku pun jawab 'makan dalam pinggan jernih nampak lantai kalau makan atas lantai sebab jeernih..so ayah rasa cam ayah makan makanan yang ada atas lantai..lau makan atas meja,nampak alas meja,ayah rasa cam makanan tu ada atas meja..ayah pun tak ada selera.'

'mak punya'

Aku??..aku tak kisah.Sal aku lapar aku tibai jea..makan meja ke,lantai ke,putih ke....lantaklah.Yang penting baca doa.

Setiap orang ada citarasa yang berbeza..

Tuesday, January 3, 2012

Fuh..Budak Sekolah

                                                 
nasib guru..

Aku bukan lagi budak sekolah dan tak mungkin lagi untuk aku menjadi budak sekolah.Sekolah mintak aku berambus kot tak nak dah tengok muka budak nie lagi..maka berambuslah aku..

Tapi....aku masih lagi dikelilingi oleh budak sekolah yang suka kacau aku.Budak yang selalu meleleh hingusnya,hampir-hampir dia nak lapkan hingusnya kat tuala aku tapi sempat aku kasi amaran..ciss

Aku suruh hafal sifir..tak nak.Dia cakap darjah dua cikgu tak ajar lagi sifir,cikgu ajar tambah tolak je..cehh macam aku tak pernah masuk darjah dua.Bila aku cakap lagi ..hafal sifir..apa dia jawab?

'Adik tahu doh sifir,tahu belaka oh..'ooo..mari sini aku nak test..sifir dua je

Dua darab dua...'dua'

Empat darab dua..'dua'

Tadi kata tahu belaka doh..wakpe jawapan ye dua belaka ye..'doh sifir dua mesti jawapan ye dua'..adush

Semangat aku tanya..doh lah jawab sambil seh hingus..kurang inci betull

'Sekali agi..'

Empat darab dua..'jap33..eeeaa..'  lambat!

Enam darab dua..'eeeaa dua belas'

Tiga darab dua..'enam'

Tujuh darab dua..'eeeaa..' lambat!

Lapan darab dua..'eeeaa..'lambat!

.....lambat!....lambat! cepat ahh..

conclusionnya..adik!

dua darab dua..'lambat'(jawapan adik)

lantaklah ko...

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...