Pages

Saturday, January 14, 2012

Makanlah nak Makan

Zakat susah nak dapat.Kalau dulu cuma satu helai borang yang perlu diisi tapi sekarang borang yang satu tu dah bermadu jadi empat.Nak bagi zakat kat orang ke tak nak? Zakat kat budak-budak nak belajar pun tak nak bagi.Dah tuu zakat yang banyak tuu buat apa simpan,gunalah untuk kebajikan umat islam.

'usah makan duit..makanlah nasi'

Semua orang nak makan..makan untuk hidup..sehingga segelintir mereka sanggup makan suap..ya,rasuah dan pekara ini bukan kecil tetapi besar kerana ia beri kesan kepada mereka yang 'makan untuk hidup' dengan menggunakan duit haram ini.Kesan negatif terhadap anak-anak yang makan daripada duit haram ibu bapa mereka,isteri yang makan daripada duit haram suami mereka dan sebaliknya.

Apa yang nak dikaitkan dengan 'paragraph' pertama dan kedua diatas?Rupa-rupanya rasuah bukan sahaja berlaku di sesebuah syarikat yang besar malah lebih mengejutkan lagi Pejabat Agama pun main benda macam nie.Dan berkenaan harta zakat pun..munkinkah??

Borang zakat sukar diisi bukan satu tapi empat dan pekara-perkara yang perlu diisi juga amat merumitkan.Ada ke patut nak nombor tiang elektrik rumah.Aku sebenarnya tak nampak mana musabahnya perkara ini.Adakah ada konflik disebaliknya??

Adakah untuk mengurangkan bilangan mereka yang mendapat zakat mahupun harta zakat telah diselewengkan atau harta zakat dah habis digunakan oleh pihak yang suka 'makan'??Secara positifnya kita perlu fikir yang harta zakat digunakan untuk perkara kebajikan..tapi perkara ini perlu disiasat oleh pihak atasan..kerana telah ada kes 'makan-makan' kat pejabat agama yang melibatkan wang jutaan ringgit.Daripada jumlah tersebut 70% sahaja yang dapat diselamatkan setelah mereka-mereka tersebut diugut bahawa kes 'makan-makan' mereka akan diambil tindakan.

So,kerajaan perlu ambil berat perkara ini.Amar ma'ruf nahi munkar..bukan terhadap kes rasuah sahaja tapi banyak lagi kemungkaran yang berlaku..jika tak bermakna rakyat telah salah pilih kerajaan. 

Kerana duit,manusia sanggup buat apa sahaja.

~Don`t treat your mom like your maid~

2 comments:

sufi said...[Reply to comment]

Nak bagi duit zakat kat menteri. Orang susah & pelajar tak perlu. Biar diorang lagi susah. Biar pasrah untuk hidup. Para Menteri boleh 'makan' free duit zakat ni. Kan dah ada fatwa yang tak cerdik tu. Saboooo. Allah Maha Adil :)

Anonymous said...[Reply to comment]

hey...sombong ye...kekeke

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...