Pages

Friday, August 24, 2012

Biasanya tahun 'exam',sekolah menganjurkan solat hajat pagi-pagi.Macam tuu gak sekolah aku dulu.Haa..aku ada satu cerita.Nie punya cerita dahulu kala jugak tapi kalau fikir-fikir balik ada sesuatu yang boleh diperdebatkan..cetttt..aku merapu lagi..'apa nak debat-debat.Ingat nie parlimen ke?'..k,lupakan.

'iklas bukan kita yang ukur..Allah jualah yang mengukurnya..'

Ustaz aku pernah tanya..'siapa kat sini ikhlas solat berjemaah tadi?'..tak de yang mengaku..'siapa yang tak ikhlas pun solat berjemaah tadi?',ustaz bertanya lagi..pun tak de yang mengaku..ustaz tersengihh..'sebenarnya kita sendiri pun tak tahu amalan kita tuu kita buat ikhlas ke takk..tak dapat kita nak ukur..moga ikhlas..'wa ilallahi turja'ul umur'..

Satu hari di pagi buta..tak buta pun.Sunat Dhuha dah boleh buat.

'Jom arr,cikgu dah tunggu kat surau,nak buat solat hajat sama-sama',ujar aku kat sorang teman.Berlagak alimlah pulak aku nie..ciss..alim-alim kucing.

'Malas la..hati nie tak ikhlas,kalau buat..tak ikhlas,apa dapat..lebih baik aku tak solat.Kau nak pergi,pergilah..',aku pergi..berjalan ke arah surau.

**********************

'Hati tak ikhlas,lebih baik aku tak solat',ahh..kata-kata tuu terngiang-ngiang kat telinga aku.Aku pun buat sifir..'tak ikhlas,tak solat'..'tak solat kerana kononnya diri tak ikhlas'..ishh..salah sifir tuu.Aku berkira-kira...

Kalau nak tunggu diri nie ikhlas,then baru nak solat..mesti ramai yang tak solat..dengan aku sekali tak solat..solat lima waktu pun.Alasan..aku kan tak ikhlas..ciss sekali lagi.

Kalau nak tunggu hati nie ikhlas baru nak solat..penuhlah neraka jawabnya.Bab solat nie,yang lima waktu tuu lebih-lebih lagi..bukan tunggu hati kita ikhlas baru nak solat..yang wajib tetap wajib..samalah cam kes tutup aurat.Allah dah perintahkan pada kita..tutup aurat..maka tutuplah walaupun tak ikhlas atau dengan kata  lain 'terpaksa' kerana dengan terpaksa itu lah akhirnya kita akan belajar untuk 'rela'.

'rotanlah anak kerana kasihkan mereka..moga jadi manusia'

Masa kecik-kecik dulu pun,ayah aku paksa..solat..kalau tak rotanlah jawabnya lau dah berumur 10 tahun..aku pun buat kerana terpaksa.Tapi sekarang 'aku rela'..ya,rela ikut perintah Allah..aku hamba.Oleh itu wujudlah perkataan 'paksa rela'.Mula-mula terpaksa,lama-lama dah rela.

So,sahabat-sahabat..paksalah diri untuk rajin..rajin solat.Solatlah hajat,minta diperbetulkan hati..niat kita.Biarlah terasa hati ini tak ikhlas..doalah..'Ya Allah,ikhlaskan hatiku,perbetulkanlah niatku'.

~Ya Allah,ikhlaskanlah hatiku,moga sentiasa berada dalam landasan yang kau redhai~

0 comments:

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...