Pages

Wednesday, November 24, 2010

Procrastination


Procrastination is the thief of time or in arabic language"Takjil lissu Zzamaan".Menangguh itu adalah pencuri masa.Kenapa yea,bangsa aku nie suka sangat mencuri masa?Satu haram tak dapat,bukan kasi untung pun.Aku cakap nie bukan maen-maen,benda negatif nie dah merebak ke upacara -upacara rasmi..Yb pun sama naik..Aku ingatkan diaorang lebih"advance"dari aku,rupanya dua kali lima je.

Ok,baru-baru ini,sekolah aku (budak-budaklah)pergi kat wisma.Punyalah awal kita orang sampai,dalam dewan sunyi sepi hanya kerusi yang tersusun rapi..aku rasa cam cilaka,buang masa aku je.

Oleh kerana kesedaran aku tinggi sampai ke puncak,tersembul idea dari kepala otak aku.

"Beb,apakata kita pergi jalan-jalan dulu..mana tahu dapat ilmu baru,jom arr cari buku ke,newspaper ke.."aku cakap kat member aku.Aku tahu dia akan setuju sebab dari mimik muka die aku dah tahu die bosan giler siot.Kitaorang blah dari dewan senyap-senyap.Kalau cikgu tahu kami merayap,memang mampus aarg.Silap haraibulan kene blacklist.

Hampir satu jam kami merayap,aku "round"satu bangunan..hampeh! punyalah besar bangunan tapi satu batang hidung pun tak nampak.Kalaulah aku nie nak letak bom ke,"line clear"bro.Macam nak bunuh yb yang akan merasmikan programlah pulak..hahahaha

Aku bergegas ke dalam dewan,aku fikir perasmian dah dimulakan.Bodoh betul aku tengok,kerusi penuh tapi yb tak sampai-sampai.,yb keparat.Nie aku nak marah nie.

"Janji orang melayu",kawan aku cakap sambil geleng-geleng kepala.

Tengok!pemimpin tak nak bagi contoh baik buat masyarakat..Aku tak nafikan bukan semua yang macam nie,tapi diaorang bukan sahaja tak tepati masa bahkan masa perasmian tu ada ke patut cakap pasal politik kat  budak sekolah cam aku nie.Undilah ini,undilah ini dan ini.Ingat budak sekolah cam aku nie bodoh ke..dahlah jadikan menangguh-menangguh tu salah satu tabiat sampaikan masa program dianjak ke belakang..

Tuntasnya,korang tengoklah sendiri pemimpin camnie tak disanjung,dikutuk adalah.Aku pun dah tak larat nak layan orang yang suka bertangguh-tangguh nie.

p/s:aku nak solat,tak nak tangguh-tangguh.Moga -moga jadi amalan aku.Ameen!

0 comments:

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...