Pages

Tuesday, November 23, 2010

Give Up


Ya,sebagai seorang insan kerdil,lemah berdiri atas bumi Tuhan ini,Aku pun tak terlepas daripada putus asa ini.Rasa cam everything around us menjahanamkan kita tapi satu je korang kene ingat,tuhan masih kasi kita nyawa"Life Must Go On".Nabi Ayub dulu pun mengalami macam2 dugaan tapi tak pernah putus asa meminta pertolongan Ilahi.


Dalam buku Sirah Nabi dan kisah yang mak aku citer kat aku dulu,Nabi Ayub seorang yang kaya,kaya anak,harta juga imannya sampailah satu ketika beliau diuji.Nabi Ayub jatuh miskin,sangat-sangat miskin tapi iman beliau tetap utuh.Selepas itu,beliau diuji pula dengan anaknya.Anak Nabi Ayub meninggal hingga satu pun tak tertinggal.Seterusnya,Nabi Ayub jatuh sakit sehinggalah satu hari tuu isteri Nabi Ayub pun ingin meninggalkannya.


Dulu kita hidup mewah tapi sekarang?kata isteri beliau.Nabi Ayub berkata bahawa tergamakkah kita mengeluh kepada Allah,Dia telah mengurniakan kita kemewahan berpuluh-puluh tahun sedangkan kita hanya diuji hanya beberapa tahun.


Lastly,Allah akhirnya mengembalikan semula kekayaan Nabi Ayub.Bukan seperti dahulu bahkan berlipat-lipat kali ganda.Nak tahu tak?Setiap kali Nabi Ayub diuji,beliau berkata,"Sesungguhnya kepada Allah aku kembali".Hebatkan..Tiada istilah putus asa untuk memohon pertolongan Ilahi.


Sebenarnya panjang lagi citernya sebelum ayat lastly tuu..korang baca buku sendiri lah pulak yea..

Kalau kita putus asa,Ohh..amat merugikan bcoz kemenangan menjadi milik syaitan.Dua kali lipat pulak tuu,bukan main-main beb.First,dia menang kerana menggoda kita untuk putus asa.Pastu dia menang kerana selepas berputus asa,kita akan menjadikan nafsu menunggani kita.Believe yourself,you can do it.InsyaAllah,kita boleh lawan nafsu kita.

0 comments:

Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...