
Tanpa bagi isyarat 'warning' kemende aku terlene dibuai mimpi dek kerana pengetua dah 'start' berbicara.Aku pun beralih ke alam maya.'Out of da blue' aku terserempak dengan kawan aku kat dalam mimpi.
'Eh,kau pun ada kat sini.Tak nak dengar ke ayahanda kau bercakap.
'Eaeleh,dia pun dua kali lima gak,agak-agak ahh tanya soklan.Kan ada yang terbarai mulut kan sini kang.Bla bla bla..
Sedar tak sedar majlis dah bersurai.Masa tuu jugak tetiba mata aku terbukak secara 'automatic'.Sebelum keluar pintu surau,bebudak 'shake hand' diorang dulu .Makk ooi,ramainya.Terpikiq jugak camane nak keluar cepat sikit ea.Kalau cam nie nampak gayanya berjanggutlah aku menunggu.Tanpa fikir memanjang terus aku ambik keputusan nak blah cam gitu je.Niat aku nie sikit lagi nak langsai.Teeeeete...teeeeete dalam proses.Terasa tanganku disentak dari tepi.
'Adoooi,cikgu kaunselor..Mak tolong aku',hatiku separuh berbicara.
'Nak pergi mana tuu,salamlah dulu',ujarnye.
Aku tersengih-sengih padahal hati aku rasa cam cilake.Maka bersalamlah aku dengan bersopan santun,kalau ambik ujian nak kahwin gerenti aku lulus..boleh buat menantu masa tuu jugak aku rasa..keh..keh..keh
Time aku nak salam dengan sorang cikgu nie,aku rasa laen macam je..aku hulur tangan, aku pikiq die tarik..tangan die langsung tak bergerak,statik cam tunggul kayu.Muka die pun aku tengok macam sengal je..langsung tak ada 'respon'..time tu jugak semua cikgu kat situ pandang kat kitaorang berdua..macam babak dalam drama yang penuh dengan adegan 'suspen'.
Muka aku dah merah padam apatah lagi orang yang buat aku cam gitu adalah Pk Hem sekolah.Tak berhati perut langsung ,sanggup die malukan aku depan cikgu-cikgu laen.Aku terus berlalu pergi tanpa sempat aku bersalam dengan sume cikgu kat situ.Jantung aku cam nak tercabut je.

'Aku tutup telinga je,tak dapat tutup mata tengok muka die cam singa.'
Aku rasa macam orang bahalul je..kalau aku nie budak kecik,dah lama aku menangis.Bila pikiq-pikiq balik,takkan die nak balas dendam pasal aku tendang kerusi depan die kot.Bende tu aku rasa dah lame 'sentle'.Nie mesti ada masalah ngan 'batch' kitaorang yang tak berape nak ngam ngan die nie.
Kalau ye pun janganlah malukan aku depan cikgu-cikgu laen..waaa..waaa