Sebab itu aku sering menjauhkan diri agar suatu hari nanti aku tidak disakiti atau menyakiti kerana sebuah kehilangan.
Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku sering membuat tak tahu walau hatiku mendesak ingin tahu bagaimana keadaan mereka yang aku kasihi
'dunia ini sempit andai kau fikir kau keseorangan'
Sebab itu hatiku kering tak lut dek rasa bahagia,tak terkesan dengan manisnya ukhuwah.
Sakitkan bila kehilangan?
Sebab itu aku banyak hipokrit,zahir gembira,hati kesunyian,hidup keseorangan,,kosong...
Sakitkan bila kehilangan?
'kena kuat..bangkitlah'
Tapi..betulkah caraku dengan mengelak segala nikmat,dengan menafikan segala rasa..
Bukankah lagi sakit,,menafikan segala nikmat yang Allah berikan?
Lalu ku cuba membuka hati untuk terus menyayangi,,membuka mata untuk terus menilai,,mengukir bahagia dalam setiap kenangan,,menghargai dalam setiap kemanisan ukhuwah..kerana ku tahu betapa sakit pun kehilangan itu,,kan terubat dengan keikhlasan dan kesyukuran hanya kerana DIA,,ikhlas bertemu kerana DIA,,bersyukur dipertemukan oleh DIA,,biar pun berpisah atau kehilangan di dunia..aku tetap percaya pertemuan 'di sana' akan menjadi lebih indah...
Andai segalanya kerana DIA..
[Bertemu dan berpisah kerana Allah]
Bukan nukilan diri sendiri,,tapi luahan hati seorang teman..Moga dirinya sentiasa berada dalam pemeliharaan Allah.
0 comments:
Post a Comment