Pages

Thursday, April 26, 2012

Woii! natang..

Aku nak gelak terguling-guling jugak tapi kau tuu kawan aku..sakit luka duka ketawa sama-sama..ape hal la dia panggil kau menatang..kat kucing pun aku tak kata cam tuu walau aku tahu dia memang menatang..kah kah kah.Sakit tak kena 'sound' menatang??

"Sakit doo sampai aku tulis kat status fb..'nama aku ****** siap ngan nama bapak sekali..ada ke die panggil aku "woii natang"..menatang sungguh'",kawan aku menjawab tak puas hati.

'orang suruh gohek yea gi tolok..'menatang' sungguh'..

'Kenapa tak balas balik..',aku bagi soalan.

'Balas balik pun tak guna..kalau mulut tuu dah baraii,nak tunggu koyak jer.',kawan aku menjawab sakit hati.

Sadiss giler citer..lain kali kalau ada orang cakap lagi kat kau cam tuu.Kau angkatlah tangan kononnya baca doa kat depan dia..lalu kau aminnn.Bila dia tanya baca doa apa..kau pun jawaplah..

'Aku doakan kau cepat-cepat mampus..daripada kau 'menatang'kan orang sana-sini..baik kau 'menatang'kan diri sendiri..lagi bagus..baru sedar diri.'

p/s:Kau doakan dia supaya berubah..tapi kau luah cam tuu lah kat dia.Biar takut skit..Ingat mati menghilangkan nafsu berahi..'berahi' menatangkan orang..bukan berahi macam ayen..keh keh keh

Wednesday, April 25, 2012

Saya bukan nak kurang ajar

Ramai jugak tegur aku..orang tualah..cakap kat aku 'tak pergi sekolah'..Muka aku macam budak-budak ke..lantaklah

Yang aku tak tahan yea.Sorang pak cik kedai plastik..muka garang macam nak makan orang..lalu kat tepi aku lalu tanya soalan bonus kat aku..'Kenapa tak pergi sekolah?'..Aku tersengih jea..bukan nak kurang ajar tapi malas nak menjawab.

.Muka dia pun tak ceria..semacam jea..entahlah..adakalanya diam tuu baik untuk kita

'saya belajar walaupun bukan disekolah'

Kat gerai tepi jalan pulak..aku terkena dengan kawan ayah aku.

"Tak pergi sekolah?",dia pekena aku soalan.

"Tak..hmm..dah tak sekolah",masa tuu jugak aku terfikir..kang dia kata aku kena buang sekolah pulak..lalu aku sambung.."dah habis sekolah".

"Habis sekolah??kita nie belajar dari buaian hingga ke liang lahad..tak ke begitu",dia macam nak menjahanamkan aku.Aku pun tersengih..

"Saya dah habis sekolah..tapi saya tak habis lagi belajar..belajar itu dari buaian hingga ke liang lahad..,"keh keh keh..aku tersengih dalam hati.Bukan aku nak menjahanamkan pak cik tuu balik..aku nak perbetulkan jea apa yang dia kata..woha!

~Dah habis sekolah tak semestinya habis belajar..dan..bukan semua benda kita belajar kat sekolah..~

Kalau tak nak boleh blah.

Baru-baru nie aku pergi kat program motivasi..bukan untuk aku tapi untuk budak darjah enam.Aku saja je menyibuk nak pi dengar jugak.Manalah tahu berguna buat aku yang tak bermotivasi nie.

Selama nie kalau buat program motivasi masa aku sekolah dulu akulah yang cepat-cepat nak blah..Kalau 'line clear' aku tak de pun kat program tuu..Kadang-kadang tidur kat asrama atau baca novel dalam kelas.

'Belajarlah untuk mendengar walaupun ia perit.'

Sekarang pergi pulak yea.Yelah adik aku merayu-rayu minta mak aku datang.Aku pulak pengiring mak aku..kalau tak sekarang,bila lagi aku nak iring mak aku pi mana-mana.Betul tak?

Rupa-rupanya yang bagi motivasi tuu lah yang datang kat sekolah aku dulu..ciss.Sini pun dia,sana pun dia.Bila fikir-fikir balik..kalau aku tak dengardan buat bodoh je..aku dah bazirkan masa aku kat sini..aku fikir dalam masa 2 jam tuu malaikat tulis apa dalam buku catatan..aku buat amal baik ke buruk?

Buruk!Buat benda sia-sia..kalau tak nak dengar baik kau blah jea..

Yelah-yelah..aku layanlah nie..

'Buat jahat tekad habis..buat baik apa cerita kawan.Kan dah kena..',kata satu suara dari hati.

Tuesday, April 10, 2012

Bas..korang patut naik untuk cari pengalaman..

Nie citer aku masa aku form 4 dulu ah..zaman aku naik bas turun bas pergi sekolah..

Suasana persekitaran masih menunjukkan suasana tahun baru.Maka bermulalah episod persekolahanku setelah cuti panjang berakhir.'Sekolah lagi,'getus hatiku.

'lebih kurang laa..kah kah kah'

Seperti biasa,pagi-pagi lagi aku kena tunggu bas dekat pondok tepi jambatan.Dan seperti biasa,bas sekolah sesak dengan budak-budak yang aku tengok dah macam ikan sardin dalam tin.Tempat aku hari nie luar biasa sikit,terpaksa berdiri kat atas tangga sebelah pintu..cuak jugak aku bimbang jatuh tergolek lalu digilis bas.

Sepanjang aku naik bas dua tiga tahun nie..macam-macam citer yang aku dapat dalam bas..cerita yang pihak sekolah nak tapi tak dapat-dapat..contohnya cerita tentang pelajar mengandung..Bila budak tuu dapat tangkap dan tidak dihebohkan namanya..kitaorang dah agak..sebab budak tuu budak bas jugak..hahaha

Kerana pernah suatu ketika dahulu..aku dengar dalam bas..budak tuu agaknya ucap 'sedap tapi sakit'..giler..ayat nie lah buat pemikiran aku tercemar masa tuu..cilaka..nak buat macam mana..sedangkan badan boleh terlanjur apatah lagi mulutnya..

Naik bas ada pro dan contra nya..pandai-pandailah bawak diri..sebelum naik bas tuu aku sarankan baca doa mintak dipeliharakan iman..walaupun begitu,aku tak nafikan tiap kali aku nak naik bas aku lupa nak baca doa..woha

Biasanya lebih kurang pukul 7.05 minit aku naik..sampai kat sekolah pukul 7.35 pagi.Kalau bas tuu ada enjin turbo sekali pun..sama jugak.Sebab sekolah aku kat tengah bandar..sadisss

~There are no speed limits on the road to excellence.~

18sx

Umur aku dah 18 tahun..lau macam tuu aku dikategorikanlah sebagai..

'Woha'

Dan ini...

'woha'

Lau memang nak tengok dan buat benda yang kotor tuu..sebelum 'woha 1' lagi..ramai dah buat..manusia..

Kenapa ya..kalau nak buat jahat nekad habis tapi kalau nak buat amal baik tuu..hampeh???

Sebabnya ramai yang nak jadi sampah berbanding minyak wangi..

Benda yang 18sx tuu permainan nafsu semata-mata..memanglah nikmat tapi sementara je kan..jangan kita kata 'aku nak buat sekali nie je' sebab ber..kemungkinan kita akan ketagih selepas percubaan kali pertama..


'lori uncle google..'

'Terlanjur lori boleh diundur..terlanjur zina apa nak kata??...bertaubatlah selagi ada nyawa..'

Kita kena fikir kat mana kedudukan kita di sisi-Nya jika nafsu itu menjadi raja dalam diri kita.

Awas korang semua..jangan fikir diri kita selamat..kerana syaitan akan terus menodai..selagi denyut nadi belum berhenti.

'Pesanan untuk diri aku juga yang selalu alpa.'

Semakin sukar amal kebajikan yang kita nak lakukan semakin besar mata ganjaran 'bonus link' yang kita dapat..so beramallah selalu.

~Our greatest glory is not in never falling..but in rising every time we fall.~


Haii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...